(SEMASA) KEMERIAHAN KARNIVAL UPIN UPIN 2017

dav

SELANGOR – Bertempat  di MAEPS Serdang telah berlangsungnya Karnival Upin Ipin 2017 yang berlangsung selama 3 hari bermula 24 November sehingga 26 November 2017 yang lepas. Karnival anjuran Les’ Copaque Production Sdn Bhd (LCP) yang  bertemakan #UpinIpinLuarBiasa ini merupakan kesinambungan berterusan program yang tercetus dari drama animasi kanak-kanak Upin dan Ipin yang telah 11 tahun bersiaran di Malaysia.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nazri bin Abd Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan malaysia) turut sama mengangkat karakter animasi ini sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung selama 3 hari berlangsungnya karnival tersebut di mana ia menyediakan 2 lokasi yang berbeza di dewan A dan C. Dewan C menyediakan ruang untuk pengunjung merasai pengalaman beberapa latar belakang animasi secara “hand on” di mana ia memberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat cara pembikinan Upin dan Ipin dari mula penulisan skrip, story boarding, rakaman suara dan sesi percambahan idea serta maklumat mengenai latar belakang disebalik kisah Upin dan Ipin. Dewan A pula menempatkan pentas utama disamping aktiviti lain seperti photo booth, ruang legar pempamer, permainan game secara atas talian, jualan cenderahati dan ruang jualan makanan dan minuman.

dav

Pengunjung karnival biasanya akan memulakan eksplorasi  di Dewan C atau dikenali sebagai Dewan Magik yang menempatkan  Alam Dino yang menampilkan karekter dinosour di Alam Dino yang pernah muncul dalam salah satu siri Upin dan Ipin. Terdapat replika rumah opah yang mempunyai dekorasi sebenar berlatarkan adapatasi imej dari siri tersebut termasuklah ruang bercucuk tanam secara realiti sepertimana  Kak Ros dan Opah yang memang suka bercucuk tanam di dalam siri animasi tersebut. Terdapat juga suasana Tadika Mesra, ruang bergambar Ultraman Ribut, pameran robotik yang memaparkan kecanggihan robot-robot ini bergerak dan menari dan banyak lagi.

dav

Dewan Utama (Dewan A) pula di menyediakan persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, Ultraman Ribut bertarung dengan raksaksa, booth Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu dan juga Upin & Ipin The Musical serta  banyak lagi.

Salah satu episode animasi adalah kemunculan watak  Ultraman dalam siri Upin Ipin tersebut dan ia antara aktiviti paling di tunggu oleh peminat peminat cilik. Kemunculan Ultraman ini di atas pentas mendapat tepukan gemuruh daripada peminat kecil siri tersebut.

dav

Turut terdapat di dewan A adalah pelbagai jualan barangan Upin Ipin, booth istimewa untuk mengambil gambar puteri, membuat seni kraf gelang tangan, face painting dan banyak lagi. Terdapat juga ruang legar untuk aktiviti sukan atas talian untuk golongan remaja dan dewasa untuk mereka mencuba dan beradu kepakaran dalam permainan e-sport terkini.

Terdapat ruang penpamer yang mempamerkan produk bukan Upin dan Ipin antaranya MDEC, PTPTN dan banyak lagi untuk memberi peluang kepada pengunjung mendapat khidmat nasihat atau membuat pembelian barangan dan perkhidmatan.

Ruang pembelian cenderahati dan ruang legar jualan makanan terletak di hujung dewan bagi memudahkan pengunjung untuk mendapatkan cenderahati sebelum pulang atau menikmati hidangan sebelum keluar.

Keterangan lanjut dan untuk lebih banyak foto boleh layari : www.facebook.com/upinipinofficial , www.instagram.com/upinipinofficial dan www.lescopaque.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *