(SEMASA) KERJASAMA GUARDIAN DAN LA GOURMET KUMPUL DANA UNTUK AUTISME  – Tawarkan Produk Peralatan Termal Lukisan Tangan Istimewa

Spread the love

 akhtar-and-jean-yeap-of-katrin-bj

KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2016 – Guardian Malaysia berganding bahu menyokong autisme dengan rangkaian istimewa peralatan termal La Gourmet dengan dihias dengan cetakan lakaran burung oleh bakat autistik tempatan, Muhammad Akhtar bin Ismail, atau lebih mesra dengan panggilan Akhtar.

showcasing-various-pieces-of-his-artBarangan rangkaian istimewa ini, boleh didapati secara eksklusif di Guardian Malaysia, boleh ditebus melalui program keseriaan yang telah bermula hari ini.

Melancarkan program tersebut di Taman Burung Kuala Lumpur hari ini, Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Program ini telah diilhamkan oleh sebuah golongan istimewa dalam komuniti kami. Ia dipandu matlamat kami untuk menyumbang semula kepada komuniti; kepada para pelanggan kami dan khususnya golongan yang memerlukan. Bagi tujuan ini, kami akan memperuntukkan sumbangan sebanyak RM200,000 daripada program ini kepada Dana Pembangunan Kemahiran, yang diuruskan oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Berkongsi wawasan falsafah Guardian Malaysia tentang tanggungjawab korporat, beliau menjelaskan: “Kami mengakui sebagai peneraju dalam sektor farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan, kami berada di kedudukan yang unik untuk memanfaatkan sifat murni rakyat Malaysia, untuk menyumbang ke arah usaha-usaha kebajikan.

“Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara menawarkan khidmat kepada ramai pelanggan, dan sokongan daripada jaringan rakan-rakan niaga yang luas, Guardian menyediakan lebih banyak capaian berbanding peruncit-peruncit yang lain. Dan telah menjadi polisi kami untuk memanfaatkan capaian ini untuk membantu mengumpul dana untuk seberapa banyak usaha kebajikan yang mungkin.”

“Program ini juga akan memanfaatkan capaian Guardian bagi mengumpul dana untuk program pembangunan kemahiran NASOM yang bermatlamat melatih kanak-kanak autistik agar mereka dapat diambil bekerja. Sepanjang proses itu, kami turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan khusus golongan ini dalam komuniti kami,” tambah beliau.

guardians-la-gourmet-loyalty-programme-is-in-support-of-autistic-children-via-nasomMs Low yakin bahawa program tersebut akan disambut baik oleh para pelanggan.

Di samping mempamerkan keunikan burung-burung yang terdapat di Malaysia, siri produk istimewa ini juga meyokong bakat autistik tempatan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan khusus mereka.

Jelas beliau: “Barangan Peralatan Termal Siri Burung ini adalah eksklusif untuk pelanggan Guardian. Selain itu, mereka dapat menikmati penjimatan sebanyak 62% daripada harga asal barangan tersebut, seperti bekas air, bekas makanan dan cawan termal.”

“Program kesetiaan ini menawarkan rangkaian koleksi barangan yang sangat berkualiti, pada harga yang berpatutan, sejajar dengan tradisi kami dalam menyampaikan tawaran nilai yang inovatif dan menarik kepada pelanggan kami. Satu tradisi yang bermula 49 tahun lalu ketika Guardian mula-mula membuka pintunya kepada rakyat Malaysia,” tambah beliau.

BUTIRAN TENTANG PROGRAM KESETIAAN:

La Gourmet, satu jenama yang komited dalam menghasilkan produk yang menggalakkan gaya hidup sihat dan bercirikan alam sekitar, telah mengeluarkan 3 Siri Burung yang berbeza, untuk kolaborasi ini. Setiap siri boleh didapati pada setiap bulan, di sepanjang tempoh program yang bermula 6 Oktober sehingga 31 Disember 2016.

Pengguna hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM20 untuk menerima sekeping setem. Apabila 5 setem berjaya dikumpulkan, mereka boleh menebus mana-mana barangan tersebut pada harga penjimatan 62% daripada harga biasa.

Maklumat penuh tentang rangkaian peralatan termal boleh didapati dalam senarai produk yang dilampirkan bersama di dalam kit Berita.

Untuk keterangan lanjut, sila layari  www.guardian.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *