(SEMASA) Kerjasama Reebonz Bersama FS Dari Filem The Dream Boyz’ Menghasilkan Kempen Dreams Do Come True

Reebonz_002_2

Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’), destinasi jualan peribadi secara dalam talian eksklusif kegemaran Asia bagi jenama mewah, bakal menghadiahkan ahlinya RM 18,000 dalam bentuk baucar tunai dan produk berjenama mewah sempena Tahun Baru Cina melalui kempen ‘Dreams Do Come True’.

Reebonz_003_2

Kempen tersebut dilancarkan sempena penajaan rasmi pertama Reebonz kepada filem The Dream Boyz, sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang dibintangi kumpulan yang sedang melonjak naik, FS (Fuying and Sam)
Diarahkan oleh Ryon Lee, filem tersebut memaparkan sekumpulan rakan sekolah yang memasang impian tinggi, dan bagaimana mereka merealisasikan impian tersebut setelah menjadi dewasa.

Memahami kehendak golongan muda untuk memiliki barangan berjenama mungkin hanyalah impian semata-mata, Reebonz telah memilih untuk menekankan pengajaran, nilai positif dan kata-kata inspirasi filem The Dream Boyz, melalui karektor yang dilakonkan oleh FuYing dan Sam.

Berkonsepkan ‘kemewahan mampu milik’, Reebonz membawakan koleksi istimewa, baru dan pra-milik, barangan-barangan mewah dari jenama terbaik seluruh dunia.

Sejajar dengan janjian jenamanya, Reebonz bakal menawarkan peluang kepada ahlinya di Malaysia untuk merealisasikan impian mereka. Untuk mengambil bahagian hanya perlu mendaftar sebagai ahli, log masuk ke laman web Reebonz, tonton video dan berikan jawapan untuk soalan mudah yang disediakan. Tiada yuran ahli atau pembelian diperlukan dan pemenang bakal menerima hadiah utama iaitu sebuah beg Balenciaga City Classic berharga RM6,000!

Kempen tersebut akan bermula dari 10 Februari sehingga 28 Februari, 2015.

Menurut Pengurus Besar Reebonz Lifestyle Sdn Bhd, Encik Tang Siew Wai, syarikat tersebut sedar akan potensi untuk jalinan bersama filem The Dream Boyz atas faktor jalan cerita, tema positif yang dipamerkan serta barisan pelakon yang mantap di bawah arahan Ryon Lee.

“Hala tuju filem tersebut dilihat sebagai inspirasi kerana ia memegang teguh mesej menggalak dan memotivasikan orang terutamanya golongan muda untuk menjadikan impian mereka menjadi kenyataan. Walaupun Reebonz terlibat dalam bisnes e-dagang, kami juga bermisi membantu orang mencapai impian mereka. Memiliki barangan mewah adalah impian bagi ramai, dan dengan pertumbuhan perniagaan dalam talian, ia adalah sentiasa lebih mudah. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang mencari ‘tawaran’ daripada laman tidak boleh dipercayai, mereka menghadapi risiko melihat impian mereka menjadi mimpi ngeri apabila produk mewah yang ditawarkan merupakan barangan palsu, ” jelas Encik Tang.

“Dengan Reebonz kami memastikan bahawa impian ahli kami untuk memiliki barangan mewah menjadi kenyataan dengan cara yang terbaik – asli, penghantaran percuma dan tepat pada waktu, kemudahan pembayaran, transaksi membeli-belah yang pantas pada bila-bila masa, dan ‘kejutan’ istimewa dalam pakej Reebonz kami. Kempen Dreams Do Come True Reebonz mengambil kira faktor-faktor ini dan membawanya ke pasaran kami yang semakin berkembang dengan ahli golongan muda, ” katanya.

Reebonz yang telah mula beroperasi sejak 2009 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang paling dipercayai dalam talian untuk membeli dan menjual produk-produk mewah. Pada masa ini ia menawarkan lebih daripada 800 jenama pereka di bawah portfolionya termasuk Hermes, Chanel, LV, Dior, Prada, Balenciaga, Gucci, Givenchy dan banyak lagi. Reebonz mempunyai lebih daripada 2.5 juta ahli di rantau ini.
Bagi pelakon The Dream Boyz’, FS Fuying and Sam, filem tersebut serta kolaborasi mereka bersama Reebonz adalah berdasarkan pegalaman mereka sendiri.

Mereka berdua menekankan bahawa untuk berjaya dan mencapai impian memerlukan masa dan usaha tetapi dengan ketekunan dan keazaman,tidak mustahil untuk melihat mimpi menjadi kenyataan.

“Kini, impian kami tercapai. Kami mengambil masa beberapa tahun untuk sampai ke sini, tetapi jika sesiapa telah memberitahu saya sewaktu dibangku sekolah yang saya akan menjadi seorang pelakon filem, saya tidak akan percaya. Filem Dream Boyz mempunyai banyak persamaan dengan zaman persekolahan kami dan di mana kami berada sekarang. Inilah sebabnya mengapa kami rasakan bahawa kempen Reebonz Dreams Do Come True adalah satu motivasi yang hebat untuk orang ramai untuk mempunyai impian besar!, ” kongsi Sam daripada FS.
Fuying daripada FS juga berkongsi pendekatan beliau dalam kerja, hidup dan impian.

“Kami bekerja keras. Ini memberikan kami sedikit masa untuk berehat, jadi adalah penting untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri agar tahap motivasi sentiasa tinggi. Di The Dream Boyz, watak saya membeli-belah di laman web Reebonz untuk mendapatkan hadiah untuk ibu dan teman wanita saya. Pada hakikatnya, saya juga merupakan ahli Reebonz dan sering membuat pembelian untuk ibu dan kakak saya sebagai tanda menghargai sokongan mereka kepada saya. Dan ya, kadang kala saya juga membeli barang-barang untuk diri saya sendiri!” Kata FuYing.
The Dream Boyz akan mula ditayangkan pada 12 Februari 2015 dan rata-rata respons positif telah diberikan daripada penonton tayangan perdana.

Bersempena dengan kempen ini, Reebonz telah mengeluarkan satu video promosi yang memaparkan FS Fuying dan Sam didalam karekter The Dream Boyz pada laman media sosial, Facebook, laman web Reebonz dan laman mikro peraduannya. Video ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Reebonz dan sebagai jemputan kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Reebonz.

“Impian memang menjadi kenyataan, dan Reebonz ada disini untuk menjadikan impian mewah anda suatu kenyataan,” ucap En Tang pada waktu penutup.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Dreams Do Come True anda boleh lawati laman webhttp://www.reebonz.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *