(SEMASA) KFC CHEEZY MUSHROOM CRUNCH – SEDAP TAK TERKATA

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2017 – Berita baik buat semua penggemar keju – hidangan sensasi berkeju terbaharu kini terdapat di restoran KFC seluruh Malaysia! KFC Cheezy Mushroom Crunch merupakan ciptaan berkeju terbaharu yang menjanjikan pengalaman enak yang pasti memenuhi selera para penggemar setia keju dan KFC.

Tawaran masa terhad ini merupakan gabungan sempurna tekstur dan rasa. Kombinasi enak keju pekat berkrim bersama cendawan butang yang dihiris, dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai, membawa pengalaman menakjubkan dengan rasa sedap yang tidak terkata. Sepanjang tempoh promosi, hidangan berkeju terbaharu ini juga boleh didapati dalam pilihan burger, iaitu Cheezy Mushroom Burger.

“Kami berkerja keras untuk menghasilkan hidangan-hidangan baharu yang akan memuaskan para penggemar KFC, dan rangkaian hidangan KFC Cheezy Mushroom ini tidak terkecuali. Ianya dicipta khas untuk para penggemar KFC dan keju di luar sana. Gabungan rasa yang unik ini pasti memenuhi selera anda yang mendambakan hidangan berkeju. Anda mesti cuba!”, kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

KFC Cheezy Mushroom Crunch terdapat di dalam hidangan kombo 2 ketul dan 5 ketul ayam yang didatangkan bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw, kentang putar serta satu minuman ringan dari serendah RM13.50*. Manakala Cheezy Mushroom Burger boleh didapati secara ala carte hanya dari RM9.10*, juga boleh dibeli menerusi hidangan kombo yang didatangkan bersama Crispy Fries serta satu minuman ringan.

KFC Cheezy Mushroom Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 20 Februari 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari kfc.com.my

*Harga tertakluk pada lokasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *