(SEMASA) KFC MEMBAWAKAN CITARASA FIESTA DENGAN OLÉ OLÉ RICE WRAP BAHARU

Picture 1

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2016 – KFC Malaysia kembali lagi dengan hidangan sensasi baharu iaitu KFC Olé Olé Rice Wrap bersama gabungan rasa yang mengujakan. Hidangan ‘wrap’ terbaru ini menawarkan gabungan rasa unik Nasi Mexico bersama Sos Salsa dan kepingan Zinger kegemaran ramai, digulung dengan roti tortilla hangat hanya pada RM5.90*!

Picture 2Bersama slogan ‘Citarasa fiesta baharu, sudah cuba baru tahu!’ KFC menjemput para penggemarnya untuk menikmati ‘wrap’ sensasi ini yang menampilkan kepingan Zinger rangup kegemaran ramai bersama Nasi Mexico beraroma, tomato, timun dan bawang segar yang dipotong dadu, disempurnakan dengan mayonis dan Sos Salsa Mexico, padat di dalam satu gulungan roti tortilla hangat, pasti menjanjikan rasa fiesta yang mengujakan. Kemudian, ianya dipadankan dengan hidangan sampingan ‘Golden Potato Bites’ baharu dan minuman ringan Mountain Dew yang menyegarkan.

Picture 4“Hanya daripada RM5.90, KFC Olé Olé Rice Wrap menawarkan hidangan yang penuh dengan keenakan kepada para penggemar KFC. Bersama kepingan Zinger empuk, sayuran segar dan Nasi Mexico, menjadikan ia sebuah hidangan lengkap yang padat dengan perisa di dalam satu ‘wrap’. Enak dan mudah dinikmati, ia amatlah sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk. Citarasa fiesta baharu, sudah cuba baru tahu!” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

KFC Olé Olé Rice Wrap boleh didapati di dalam hidangan kombo dan juga ‘box meal’. Hanya dengan RM8.90*, hidangan kombo didatangi bersama KFC Olé Olé Rice Wrap, ‘Golden Potato Bites’ dan minuman ringan Mountain Dew bersaiz biasa.

Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih mengenyangkan, para pelanggan boleh memilih hidangan ‘box meal’ yang didatangi dengan KFC Olé Olé Rice Wrap, satu ketul ayam goreng Original atau Hot & Spicy, bersama Golden Potato Bites baharu dan minuman ringan Mountain Dew bersaiz biasa hanya pada RM 12.90*!

Picture 3

KFC Olé Olé Rice Wrap boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula daripada 26 Julai 2016 dan tertakluk selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Nota:

*Harga jualan tertakluk pada lokasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *