(SEMASA)   KFC MENGHANGATKAN RAMADAN INI DENGAN KFC KARI-KARI RANGUP

Picture 1

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2016 – Kerangupan berempah yang mengasyikkan pasti menjadi topik hangat di kalangan penggemar ayam goreng apabila KFC Malaysia memperkenalkan KFC Kari-kari Rangup istimewa sempena bulan Ramadan ini. Ia disaluti dengan rempah ratus tempatan dan perisa kari yang lazat sempurna dipadankan dengan pelbagai hidangan sampingan KFC.

Picture 2KFC Kari-kari Rangup yang dilancarkan bersama slogan “Penuh rasa, penuh kesyukuran” pasti dapat memberi lebih rasa dan kenikmatan apabila dihidangkan ketika bersama keluarga dan rakan-rakan di sepanjang bulan yang mulia ini.

“Ramadan merupakan bulan yang amat kami nantikan setiap tahun. Ia memberi peluang kepada kami untuk menghidangkan sesuatu yang baru dan berkongsi pengalaman yang indah setiap kali para pelanggan berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan teman-teman sekerja. Di KFC, kami sentiasa mencari cara untuk mempertingkat keenakan ayam, dan dalam hal ini KFC Kari Kari Rangup juga tidak terkecuali. Kami percaya, hidangan yang kaya dengan perisa, rangup dan berempah ini amat sesuai untuk anda di sepanjang Ramadan,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

Picture 3“Ramadan juga merupakan masa yang tepat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meluangkan masa bersama mereka yang tersayang dengan berkongsi juadah yang enak semasa berbuka puasa. Keunikan rasa KFC Kari-kari Rangup bersama hidangan sampingan Colonel Rice dan Coleslaw menjadikannya sebuah kombinasi yang sempurna serta menimbulkan rasa kesyukuran pada setiap suapan terutama setelah letih seharian berpuasa,” kata Sharifah Musainah, Pengurus Besar, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.

KFC Kari-kari Rangup boleh didapati di dalam hidangan kombo dan kombo bucket. Bernilai hanya RM12.90*untuk hidangan kombo, pelanggan boleh memilih di antara nasi atau kentang goreng bersama dua ketul KFC Kari-kari Rangup, regular coleslaw dan minuman buah pic-mangga Sjora.

Picture 4Bermula daripada serendah RM46.90*, pelanggan boleh menikmati kombo bucket yang menawarkan pilihan antara 9 atau 15 ketul ayam KFC Kari-kari Rangup, Coleslaw bersaiz besar, kentang putar bersaiz besar dan sebotol Pepsi 1.5 liter.

KFC Kari-kari Rangup boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh Malaysia bermula daripada 31 Mei 2016 dan tertakluk kepada sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Nota:

*Semua harga jualan dan kombo tertakluk kepada lokasi.

***************************************************************************

Nantikan Tip-Tip Ramadan daripada Mat Syukor KFC!

Sempena pelancaran KFC Kari-kari Rangup, laman media sosial KFC akan memperkenalkan Mat Syukor, satu watak animasi lucu yang akan memberi tip-tip bernas di sepanjang bulan Ramadan.

Untuk mengikuti gelagat menghiburkan Mat Syukor dan tip-tip hariannya, sila layari laman sesawang KFC www.kfc.com.my atau #KFCMatSyukor

Satu peraduan #KFCKipKamKariOn juga akan ditawarkan menerusi laman Facebook, Instagram dan Twitter KFC dimana peminat boleh menghantar tip-tip bernas mereka bersempena bulan Ramadan dan berpeluang untuk memenangi hadiah minguan berupa jamuan buka puasa / raya KFC percuma (bernilai RM 200 setiap satu). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di laman Facebook KFC atau #KFCKipKamKariON

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *