(SEMASA) KFC ZINGER CHEEZILLA KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI!

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2021 – Fenomena burger gergasi yang tiada tandingannya! Memperkenalkan burger yang mempertingkatkan kepuasan dalam menikmati makanan, KFC Zinger Cheezilla, yang kini kembali dengan gahnya untuk memuaskan selera hati anda sejak pengenalan pertamanya pada 2018. Sememangnya menu kegemaran peminat KFC, ianya padat dengan gigitan demi gigitan nikmat mutlak, rasa terhebat, dan jaminan 100% pasti puas hati!

Nikmati sekali lagi sensasi menjamu patty keju mozarella lazat yang tertarik panjang dengan setiap gigitan; digoreng sempurna sehingga perang keemasan; dan digandingkan bersama filet Zinger Hot & Spicy. Melengkapi burger ini – salad segar dan limpahan sos Jalapeno cheese mayo; lalu diapit dengan kepingan ban bijan.

“Tidak ada gunanya cuba untuk mengelak dari menikmati menu popular kami, KFC Zinger Cheezilla ini kerana anda pasti akan jatuh cinta dengan burger yang membawakan nikmat sepenuhnya dan memuaskan selera hati. Burger ini terjual laris apabila dilancarkan sebelum ini, dan kami bersuka cita untuk mengumumkan bahawa KFC Zinger Cheezilla kini kembali sebagai menu tetap! Tidak dilupakan juga, kami ada menawarkan promo berbaloi waktu terhad bersempena kemunculan semula menu popular yang ditunggu-tunggu ini,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara À la Carte, Combo, dan Box Meal di mana anda boleh menikmati diskaun eksklusif 10% apabila memilih KFC Delivery di aplikasi KFC Malaysia menggunakan promo kod ‘CHEEZILLA’. Juga eksklusif melalui KFC Delivery adalah Cheezilla Cheezy Share Box for 2, yang turut mengandungi Cereal Cheezy Fries untuk kenikmatan keju sepenuhnya dan sesuai untuk dikongsi bersama.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati bermula esok di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia, manakala warga Sarawak boleh menikmati burger ini bermula 5 Jun dan warga Sabah bermula 11 Jun.

Elak daripada beratur panjang dan dapatkannya dengan mudah dan selamat melalui khidmat Penghantaran, Self Collect, dan Pandu Ambil. Cuma layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi mobil KFC Malaysia untuk buat pesanan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *