(SEMASA) KitKat “Chocolatory” Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Penuh Gaya

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 19 September, 2017 – Jenama coklat yang terkemuka di Malaysia – KitKat dan kedai konsep KitKat “Chocolatory” pertama di Asia Tenggara menawarkan pengalaman mereka khas coklat, menyambut ulang tahunnya yang pertama dengan mengadakan acara bersama selebriti-selebriti tempatan.

Sejak pembukaannya pada tahun 2016, KitKat “Chocolatory meneraju dunia pe produk mengikut tempahan dan pengkhususan di Kuala Lumpur serta memulakan trend dalam memberikan sentuhan peribadi kepada makanan. Terletak di Mid Valley Megamall, satu-satunya kedai konsep yang seumpamanya ini begitu cepat menjadi tumpuan penggemar coklat untuk merasai pengalaman gastronomik mereka sendiri serta untuk mencuba edisi khas yang sedia dibeli dihasilkan untuk memikat citarasa konsumer di Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan ramuan premium seperti badam panggang, karamel kenyal, kepingan cili pedas dan ramuan lazat lain, KitKat “Chocolatory” menawarkan sebanyak 10,000 kombinasi perisa yang berbeza untuk pilihan pengguna. Di samping itu, penggemar coklat juga dapat memilih rangkaian kotak hadiah dalam pelbagai warna dan corak yang berbeza serta mesej dan imej tersendiri untuk menambah sentuhan peribadi yang menarik dalam rekaan coklat mereka.

Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di Unit Perniagaan Konfeksioneri Nestlé, ASEAN berkata, “KitKat sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami menerusi penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dalam semua produk kami dan kini dengan KitKat “Chocolatory”, pelanggan dapat membawa pulang ciptaan mereka yang unik. Kami sentiasa mencari peluang untuk menepati citarasa pengguna dan ingin memberikan tahap sentuhan peribadi dan penyesuaian tempahan yang lebih berkualiti. Dengan itu, secara tidak langsung memberikan peluang kepada pengguna untuk turut terlibat dalam membantu membentuk jenama ini.”

 “Penggunaan ramuan dan kombinasi perisa sajian Malaysia bersesuaian dengan citarasa pelanggan dari produk tempatan dan juga antarabangsa telah menjadikan jenama ini lebih peka untuk menghasilkan semula rasa dari budaya yang berbeza. KitKatChocolatory” melihat peluang yang tidak berkesudahan untuk mencipta perisa Malaysia yang lebih inovatif pada masa yang akan datang. KitKat “Chocolatory” sentiasa merancang perisa baru yang menyeronokkan untuk para pelanggan kami, dan ia dilengkapi dengan beraneka pilihan ramuan yang akan menarik pelanggan untuk menghasilkan ciptaan mereka sendiri,” kata Goel.

Sejak pelancarannya di Malaysia, KitKat “Chocolatory” telah menjadi peneraju dalam pengkhususan produk coklat, yang menyediakan platform bagi individualisme serta mendorong perpaduan di kalangan rakyat Malaysia menerusi perisa yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Sejak penubuhannya, KitKat “Chocolatory” telah berjaya memikat rakyat Malaysian melalui pelbagai perisa seperti Nasi Lemak, Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong, Traditional Onde Onde, Teh Tarik, Durian Delight, malahan ia telah mencipta varian dengan minuman kegemaran Malaysia, iaitu Milo.

“Rakyat Malaysia benar-benar unik dalam kebolehan mereka untuk mereka cipta perisa daripada makanan – seperti Nasi Lemak dan Onde Onde – dan menyesuaikannya dalam coklat. Kami berharap untuk meneruskan trend ini dan memperkukuhkan kedudukan kami dalam pasaran yang begitu kreatif ini,” sambung Goel.

Chef selebriti dan pakar perisa KitKat sejak tahun lepas, Anis Nabilah berkata: “Saya berasa gembira kerana dapat turut serta bersama KitKat “Chocolatory” di Malaysia sepanjang setahun yang lalu. Ia benar-benar memberi peluang kepada saya untuk memperkembangkan kreativiti saya melalui jenama coklat yang sememangnya salah satu daripada kegemaran saya. Dengan bantuan KitKat, saya dapat menghasilkan rangkaian perisa yang menyeronokkan, yang saya rasakan benar-benar menjiwai selera Malaysia.”

“Dari Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong hinggalah ke Traditional Onde Onde, saya tidak akan melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia, dan saya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara ramuan tempatan dari Malaysia dan ramuan antarabangsa yang eksotik untuk menghasilkan ciptaan KitKat saya yang tersendiri. KitKat “Chocolatory” memperlihatkan keunikan setiap orang pelanggan dengan membolehkan mereka menghasilkan ciptaan mereka sendiri dan hasilnya adalah begitu luar biasa,” tambah Anis.

Untuk meraikan ulang tahun KitKat “Chocolatory” yang pertama, Anis Nabilah disertai oleh selebriti-selebriti tanahair yang berkongsi minat terhadap KitKat serta kemampuan barunya untuk membawakan ciri tersendiri dalam setiap jejari. Antara yang hadir termasuklah pelakon TV – Julie Woon;Penghibur, Pendidik, Usahawan, Pengacara, Pengacara TV bagi Rancangan Makanan dan Pelancongan, dan Pelakon, Razif Hashim; dan chef pastri dan perunding makanan mewah dari Singapura, Sarah Samsul Ariffin.

“Ini adalah pencapaian yang besar bagi KitKat “Chocolatory”,” kata Goel. “Ia mempamerkan inovasi dan kreativiti pengguna di Malaysia, yang unik berbanding pengguna di seluruh dunia, dan kami berharap untuk menaikkan lagi trend sentuhan peribadi ini menerusi gandingan dengan penggemar KitKat di Malaysia,” kata Goel.

Edisi khas KitKat “Chocolatory” juga boleh didapati untuk pembelian secara dalam talian dan untuk penghantaran ke rumah secara eksklusif melalui 11street (www.11street.my).

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.KitKat.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *