(SEMASA) Klik untuk gelak ketawa kerana The Joke Factory by Harith Iskander kini di Shopee

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2018 – Bak kata pepatah Inggeris lama, “Laughter is the Best Medicine” (Gelak Ketawa Penawar Paling Mujarab). Menyedari hakikat ini, Shopee membawakan lawak jenaka kepada pelanggan menerusi pelawak disanjungi ramai, Harith Iskander. 

Memandangkan hidup kita begitu sibuk sekarang dengan mengejar sasaran mingguan, menghadiri pelbagai mesyuarat dan membersihkan rumah selepas penat bekerja sehari suntuk, ada di antara kita yang mungkin tidak sempat untuk berehat, malah tiada masa untuk ketawa. Kajian dan penyelidikan mendapati bahawa terdapat hubung kait antara ‘gelak ketawa’ dan ‘kesihatan’, kerana gelak ketawa ternyata baik untuk kesihatan.

Untuk menggalakkan rakyat Malaysia melapangkan fikiran dan menghiburkan hati, Harith akan menyertai Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee)  dan membuka kedai rasmi The Joke Factory (TJF) di platform tersebut. Beliau menyusuli Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Ummi Nazeera, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang juga mempunyai kedai rasmi di Shopee.

Di kedai rasmi TJF, pengguna Shopee mempunyai pelbagai pilihan persembahan harian yang boleh disaksikan mereka, dan membeli tiket untuk persembahan tersebut dengan mudah.  Kedai tersebut juga akan menjual barangan dan pakej makanan untuk menawarkan pengalaman komedi yang menghiburkan rakyat Malaysia.

The Joke Factory di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, diperkenalkan oleh Harith dan isterinya Dr. Jezamine Lim Iskander pada Ogos 2018. Sebagai Pentas Komedi Terulung di Malaysia, ‘kilang’ ini sedia menawarkan hiburan ala Malaysia bertaraf antarabangsa dan juga makan minum untuk menambat selera penonton. Selain daripada pementasan dalam Bahasa Inggeris, terdapat juga barisan penghibur yang membawakan persembahan lawak jenaka dalam Bahasa Malaysia, Tamil, Kantonis dan Mandarin.

Di sinilah juga tempatnya kedai rasmi TJF by Harith Iskander di Shopee, dilancarkan dan disaksikan oleh tetamu jemputan dan wakil media. Mereka juga berpeluang menyaksikan persembahan oleh Harith sendiri, dan semua tidak kering gusi dan terhibur dengan lawak jenaka dan gelagatnya di atas pentas.

Harith telah meningkat naik daripada seorang pelawak tempatan menjadi juara lawak dunia yang mengharumkan nama Malaysia di persada komedi antarabangsa sebanyak dua kali. Beliau bukan sahaja memenangi gelaran “Funniest Person In The World” (Orang Paling Lawak Di Dunia) 2016 anjuran Laugh Factory, tetapi turut merupakan pelawak pertama di Asia Tenggara yang mempunyai rancangan komedi khas original bertajuk “I Told You So” di Netflix.

“Memang misi saya adalah untuk menyebarkan senyuman dan keceriaan dalam pelbagai cara kepada rakyat Malaysia. Saya dan isteri sentiasa mencari cara yang menarik untuk memastikan dunia hiburan tempatan kekal segar dan relevan. Kami teruja untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee dengan barisan selebriti luar biasa yang menawarkan produk masing-masing di Shopee. Platfrom Shopee membolehkan kami mencapai 16 juta pengguna, membawakan kami mendekati rakyat Malaysia sambil kami terus berusaha menyebarkan keseronakan dan berkongsi lawak jenaka yang menceriakan hidup dan menghiburkan hati mereka. Kami berharap untuk terus menjalin kerjasama jangka panjang yang menyeronokkan sambil kami berkembang maju bersama menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” ujar pelawak terkenal dan pengasas bersama TJF ini.

Skuad Selebriti Shopee dilancarkan pada bulan Mei 2018, untuk membolehkan peminat dan pengguna Shopee membeli produk yang ditawarkan khas oleh selebriti kegemaran mereka dengan mudah. Setakat ini, terdapat lebih 20 selebriti yang memanfaatkan platform ini dan lebih ramai lagi yang akan turut serta pada bulan-bulan akan datang.

Dengan matlamat untuk meluaskan pendedahan jenama masing-masing, Skuad Selebriti Shopee akan menggunakan pelbagai saluran pemasaran termasuk portal dalam aplikasi, media sosial dan banyak lagi. Selain daripada menyediakan platfrom digital untuk selebriti mengetengahkan jenama mereka, Shopee juga bekerjasama dengan selebriti dalam pelbagai aktiviti luar talian yang merapatkan hubungan antara peminat dan selebriti. Ini termasuk sesi bertemu peminat, pameran bergerak dan acara.

“Menerusi pelbagai inisiatif ini, Shopee telah membantu meningkatkan jualan kedai-kedai yang turut serta sebanyak 10 kali ganda. Sebagai bukti, SIMPLYSITI oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak 112% pada Shopee 9.9 Super Shopping Day (Hari Beli-Belah Hebat 9.9 Shopee) berbanding hari biasa. Pada hari Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), Skuad Selebriti Shopee menerima purata 7 kali peningkatan pengunjung berbanding hari biasa. Dengan penyertaan The Joke Factory oleh Harith di platform ini, Shopee boleh menambah satu lagi pilihan produk menarik kepada pengguna kami. Pengguna kami pasti gembira untuk mendapatkan maklumat terkini dan juga promosi menarik yang ditawarkan oleh The Joke Factory menerusi platfrom ini,” kata Rachel Tan, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia.

Tiket persembahan menerusi kedai rasmi The Joke Factory di Shopee boleh didapati mulai 20 Disember 2018 untuk persembahan yang akan diadakan pada 2019 kerana tirai pementasan pada tahun ini sudah dilabuhkan. Dari 20 Disember hingga 27 Disember 2018, pengguna Shopee berpeluang untuk mendapat potongan 30%, terhad kepada RM20 untuk tiket persembahan. Taip kod promosi HARITH20 sebelum membuat pembayaran; terhad kepada satu kod setiap pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/thejokefactory.os

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *