(SEMASA) KO SKIN SPECIALIST MELANCARKAN MESIN LASER BERJUTA DOLAR YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 21 Februari 2017 – Pusat rawatan estetik dan laser yang terkemuka di Asia, Ko Skin Specialist, hari ini memperkenalkan PicoWay ® , teknologi penemuan terkini dalam rawatan laser dermatologi untuk dilancarkan di Malaysia.
CEO Dato’ Dr Ko Chung Beng melancarkan mesin laser bernilai berjuta dolar itu di majlis pelancaran di Hotel Aloft Kuala Lumpur, yang diacarakan oleh penyanyi terkenal, Atilia Haron. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sebilangan selebriti termasuk pelakon Idris Khan, pengarah filem Erma Fatima, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, pengacara TV Yasmin Hani, pelakon Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi.

PicoWay® adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.

Ko Skin Specialist ialah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia untuk menawarkan teknologi laser PicoWay® . Teknologi ini merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay ® menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.
.“Kami merasa keperluan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,” kata Dato’ Dr Ko, CEO Ko Skin Specialist.

PicoWay® ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” katanya. PicoWay ® ialah teknologi laser proprietari milik syarikat alatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela; diedar di Malaysia oleh Beaumedic di bawah jagaan Pengurus
Besarnya, En. Lau Chang Yaw.

“Kami gembira bekerjasama dengan Ko Skin Specialist untuk memperkenalkan PicoWay ® di Malaysia. Mereka mempunyai rekod prestasi dengan professional perubatan yang terbaik dalam pasukan mereka. Kami yakin doctor-doktor mereka akan memberi pesakit rawatan dan hasil terbaik menggunakan PicoWay ®,” kata En Robert Ruck, CEO PicoWay ®

Untuk maklumat lanjut tentang PicoWay ®, layari www.koskinspecialist.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *