KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2025 – Laurier Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memperkasakan wanita dengan kembali sebagai Official Feminine Care Partner di KL Fashion Week (KLFW) 2025 bagi memperkenalkan kempen terbaharunya, “Experience Zero Feeling”. Kempen ini menampilkan rangkaian Laurier Super Slimguard sebagai pilihan utama wanita yang mengutamakan keselesaan maksimum sambil mengamalkan gaya hidup penuh fesyen. Acara yang diadakan pada Jumaat lalu di Esplanade, Suria KLCC ini merupakan sebahagian daripada sambutan seminggu KLFW bermula 4–10 Ogos 2025. Persembahan fesyen ini menggabungkan gaya dan fungsi menerusi kolaborasi antara Laurier dan label fesyen tempatan, What To Wear (WTW).
Menerusi kerjasama kreatif ini, Laurier memperjuangkan keyakinan bahawa penjagaan wanita tidak seharusnya menjadi penghalang kepada fesyen, ekspresi diri, atau keyakinan – kerana walaupun ketika datang bulan, wanita berhak untuk berasa bergaya, selesa dan mengawal keadaan diri.
Teras kepada kempen ini ialah Laurier Super Slimguard, yang menyokong keyakinan tersebut dengan keselesaan bebas halangan dan perlindungan yang boleh diharapkan, membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan sepenuhnya. Idea ini dizahirkan di pentas peragaan menerusi kolaborasi fesyen yang memadukan ekspresi kreatif dengan kemudahan harian.
Fesyen dengan Tujuan: Laurier x What To Wear
Segmen persembahan Laurier menampilkan 10 rekaan pilihan oleh What To Wear, dibuka oleh duta jenama Sandra Lim. Setiap busana direka untuk menggambarkan inti pati tema Experience Zero Feeling, menggabungkan pergerakan, keselesaan, dan sentuhan kontemporari.
“Di Laurier, kami percaya perkara terbaik dalam hidup tidak membebankan, malah mengangkat kita,” kata Tan Poh Ling, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia. “Apabila wanita berada dalam flow – sama ada secara kreatif, emosi, atau fizikal – perkara terakhir yang mereka perlukan ialah sesuatu yang menghalang mereka. Sebab itulah tema kami tahun ini, ‘Experience Zero Feeling’, bukan sekadar tuntutan produk. Ia adalah keadaan kreatif yang membebaskan. Keyakinan sebenar hadir apabila anda cukup selesa untuk melakukan apa sahaja – walaupun ketika datang bulan.”
Segmen fesyen ini direalisasikan oleh What To Wear, label tempatan yang terkenal dengan gabungan keanggunan moden dan sopan. Selari dengan semangat kempen Laurier, koleksi 10 busana ini diketuai oleh Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024, yang turut diperkenalkan sebagai Duta Jenama baharu. Kehadiran dan suaranya diperkukuh oleh pasukan wanita yang mewakili masyarakat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring misi Laurier untuk menjadi teman dipercayai sepanjang perjalanan hidup seorang wanita.
“Reka bentuk untuk kolaborasi ini adalah mengenai memadukan keselesaan dan keyakinan, serta menggambarkan semangat wanita moden – gaya bersahaja, pergerakan bebas, dan keyakinan yang teguh,” kata Melanie Kee, pengasas dan pereka What To Wear. “Kami mahu pakaian ini terasa bebas dan tidak menyekat, seperti yang dijanjikan oleh kempen ini.”
Di Sebalik Keselesaan: Laurier Super Slimguard
Tema Experience Zero Feeling diterjemahkan melalui Laurier Super Slimguard, tuala wanita yang direka untuk wanita yang ingin tampil dan berasa terbaik – walaupun ketika datang bulan. Walaupun hanya setebal 0.1cm, ia menawarkan 200 kali kuasa serapan ultra yang menyerap dengan cepat untuk memastikan pengguna kekal kering dan terlindung. Ini bermakna perlindungan sepanjang hari yang begitu nipis dan rahsia, sehingga hampir tidak terasa – malah sesuai dipakai walaupun dengan pakaian ketat.
Direka untuk prestasi dan gaya, ia adalah pilihan ideal bagi wanita yang mahukan lebih daripada keperluan harian mereka. Sama ada melangkah di pentas peragaan atau menjalani hari yang sibuk, Laurier Super Slimguard melengkapkan keyakinan dan gaya wanita moden yang peka terhadap fesyen.
Menghidupkan “Experience Zero Feeling”
Tarikan kegemaran ramai, 360-degree glam cam, mengajak pengunjung bergaya dan merakam sudut terbaik mereka dalam suasana penuh glamor ala minggu fesyen, sambil meraikan kebebasan untuk bergaya, bergerak, dan mengekspresi tanpa had – seperti yang diwakili Laurier Super Slimguard.
Dari pentas peragaan hingga ke khalayak, Experience Zero Feeling bukan sekadar tema – ia adalah sebuah gerakan. Kempen KLFW 2025 Laurier mengajak setiap wanita untuk berasa tenang dan berkuasa dalam setiap detik kehidupan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sorotan acara secara langsung, atau promosi eksklusif sepanjang KL Fashion Week 2025, ikuti Laurier Malaysia di Instagram dan Facebook.

