(SEMASA) Lazada Subsidi akan Menggandakan Pembelian Musim Cuti dan Tahun Baru Anda Dengan Tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ Sempena 12.12 Ini

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2020 – Musim untuk memberi semakin menghampiri dan pada 12 Disember, platform e-Dagang terkemuka, Lazada Malaysia akan mensubsidi pembelian pelanggannya sempena musim cuti ini, memberikan jaminan harga terendah* yang terbesar di kalangan industri, dan membantu komuniti tempatan dengan pelbagai inisiatif CSR menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12.

Para pembeli akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 Bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90%, dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda* Lazada yang ditawarkan kepada para pembeli bagi memastikan mereka HANYA mendapat tawaran terbaik dan terendah ketika membeli-belah di Lazada. LazadaForGood, platform sumbangan digital Lazada juga memberi peluang kepada para pengguna untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama-sama dengan 8 NGO. Apa yang pasti, kemeriahan musim cuti dan Tahun Baru kini semakin dirasai di Lazada.

“Menjelang musim perayaan ini, Jualan Besar Akhir Tahun Lazada menyasarkan untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti tempatan kita, sambil menawarkan tawaran bersubsidi kepada para pengguna kami bagi membantu mereka mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang mereka semasa tempoh yang serba mencabar ini. Kami tahu bahawa para pembeli sedang tercari-cari hadiah yang sesuai untuk mereka yang tersayang, dan semasa 12.12 ini mereka boleh menikmati pelbagai pilihan produk dengan pulangan wang 12 kali ganda melalui Jaminan Harga Terendah kami, bagi memenuhi keperluan persiapan musim cuti dan Tahun Baru mereka sambil berjimat dengan setiap Ringgit yang dibelanjakan. Ini adalah hadiah musim perayaan kami untuk anda, pengguna kami, dengan penuh kasih sayang daripada Lazada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.

Gandakan Pembelian Musim Cuti dan Tahun Baru Anda dengan Tawaran ‘12.12 Bersubsidi oleh Lazada’ untuk Lebih Keriangan

Sempena musim cuti dan Tahun Baru yang akan datang ini, para pembeli boleh menikmati tawaran bersubsidi Beli 1, Dapat 2 daripada Lazada dengan diskaun sehingga 90% ke atas ratusan produk untuk berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Mulai 5 Disember, para pengguna boleh mengunjungi laman ‘12.12 Bersubsidi oleh Lazada’* dan Flash Sales di laman sesawang Lazada bagi mencari tawaran terhebat daripada jenama-jenama seperti L’Oreal, Xiaomi, Tealive, Clinique, Vinnfier dan banyak lagi. Di antara tawaran menarik yang menanti anda ialah:

  • Kecantikan: Beli L’Oréal Paris Extraordinary Oil, dan dapatkan item kedua sebagai sebahagian daripada pembelian berkenaan. Terima isian semula percuma apabila anda membeli satu unit Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate Duo, serta beli satu unit Garnier Micellar Bi-Phase dan dapatkan satu lagi botol secara percuma.
  • Teknologi: Beli satu Xiaomi Mi Band 5 dan dapatkan satu lagi Mi Band 5 secara percuma berserta dengan hadiah ekstra. Dapatkan dua Olike Weloop Neo dengan harga untuk satu. Selain daripada itu, bersedia untuk merakamkan detik terindah bersama yang tersayang dengan pek berkembar Fujifilm Instax Mini Film.
  • Makanan: Para penggemar kopi juga boleh mendapatkan baucar Tealive Signature Coffee Latte Americano daripada Lazada dan menerima satu lagi baucar serupa untuk digunakan di kemudian hari apabila anda pergi menikmati kopi bersama teman, serta beli Walls Tealive Bubble Milk Tea dan dapatkan sekotak lagi secara percuma.

Jaminan Harga Terendah atau pulangan wang 12 kali ganda yang pasti membuat anda berasa WOW!

Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada mula diperkenalkan semasa jualan 11.11 baru-baru ini, dan akan diteruskan semasa 12.12 dengan peningkatan jaminan pulangan wang 12 kali ganda*, bagi memastikan bahawa pengguna bukan sahaja mendapat tawaran terbaik dengan jaminan harga terendah pada musim perayaan ini. Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90%, para pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di dalam platform berkenaan pada Disember ini.

Berikut adalah sebahagian daripada tawaran hebat yang menanti anda semasa Jualan Besar Akhir Tahun 12.12 Lazada:

  • LazMall, gedung membeli-belah maya terbesar di rantau ini, akan menampilkan diskaun daripada rakan jenama dan produk seperti Apple iPhone XR 128GB, Edifier X3 True Wireless Earbud, Dyson Supersonic™ Hair Dryer, Philips Air Fryer, Laneige Sleeping Water Mask dan banyak lagi.
  • Lazada “Big Brands Surprise” menawarkan baucar potongan 50% untuk para pengguna apabila mereka berbelanja di Lazada mulai 12 tengah hari hingga 2 petang pada 12 Disember. Baucar boleh dikutip bermula pada 5 Disember dengan diskaun 50% tanpa had perbelanjaan minimum.
  • Para pengguna boleh ‘Chup Dulu’ mulai 1 hingga 11 Disember untuk membeli barangan seperti OPPO Reno X Zoom, illy Y3.2 iperEspresso Coffee Machine, Pandora Blossom Gift Set, dan banyak lagi! Jangan tunggu dan cari barangan kegemaran anda dan menempahnya sekarang!
  • Lazada Mesti Beli menyediakan panduan membeli-belah kepada pengguna mengenai tawaran hebat harga terendah yang wajib dibeli. Dapatkan diskaun sehingga 90% ke atas produk seperti Samsung Galaxy Note 10 Plus, realme Buds Wireless Pro, SOKANO OC006 Computer Office Chair, Hada Labo Kouji Cream Mask dan banyak lagi.
  • Beli secara pukal dan nikmati lebih banyak penjimatan musim cuti ini dengan tawaran Jimat Borong ke atas barangan seperti Olay Power Bundle Regenerist Micro Sculpting Day Cream dan White Radiance Light Perfecting Essence, Bare for Bare Probiotics Mask, Aveeno Baby Daily Moisture Lotion, Colgate Sensitive Pro Relief Repair and Prevent Toothpaste, MILO Activ-Go dan juga Norwegian Frozen Salmon Steak Cut Bundle!
  • Nikmati hidangan menyelerakan di musim perayaan ini dengan Lazat dan nikamati tawaran Beli 1, Dapat 2 daripada Marrybrown dan Xing Fu Tang, Burger King Deals di bawah RM12, dan tawaran eksklusif pencuci mulut Lazat daripada Baskin Robbins, Secret Recipe dan Tealive. Para pengguna juga boleh mendapatkan tawaran eksklusif Coca-Cola daripada Burger King, Salad Atelier, Marrybrown, O’Briens dan Gindaco.
  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12.

Hulurkan bantuan kepada Mereka yang memerlukan Menerusi LazadaForGood

Selain daripada membeli-belah untuk ahli keluarga dan rakan taulan, Lazada turut menggalakkan rakyat Malaysia agar berganding bahu dan berkongsi kemeriahan musim cuti dan memberi inidengan barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus menentang COVID-19 dan komuniti kurang berkemampuan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik yang berterusan, dengan mengumpulkan dana menerusi platform bantuan digital Lazada, LazadaForGood, untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti UNICEF, Zoo Negara, Hospis Malaysia dan banyak lagi.

Rakyat Malaysia boleh memilih untuk menderma mulai sekarang hingga 12 Disember dan berpeluang untuk memenangi ganjaran kejutan bersubsidi Lazada, yang akan dipaparkan tidak lama lagi di laman media sosial Lazada Malaysia.

Hiburan Berterusan dengan Lebih Penjimatan Semasa 12.12

Program Shoppertainment dan permainan kami yang unik akan terus menghiburkan para pembeli sambil mereka berbelanja. Ain Edruce, Ketua Pegawai Diskaun kami akan kembali bagi memotong lebih banyak harga semasa rancangan Ketua Pegawai Diskaun (CDO), yang akan distrim secara langsung pada 11 Disember mulai 9 hingga 11 malam di dalam aplikasi Lazada, dan ditayangkan secara serentak di TV3.

Menangi hadiah sagu hati dan tebus lebih daripada 120 juta baucar menarik dengan LazCoins. Rebut peluang untuk memenangi Ecovacs DEEBOT OZMO T8 Robot Vacuum Cleaner eksklusif untuk LazCoins, dan sertai Coins Race untuk memenangi barangan seperti HABIB Marnona Gold Pendant, PerySmith Digital Air Fryer, Nobico Air purifier, Edifier Wireless Earbud dan banyak lagi.

Para pembeli juga boleh mendapatkan ganjaran daripada Lazgames dengan bermain ‘SharePocket’ dan berkongsi bersama rakan-rakan. Anda hanya perlu meminta dua rakan anda memuat turun aplikasi Lazada untuk memenangi RM20 di dalam bentuk rebat Lazada Wallet.

Para pembeli yang menambah nilai Lazada Wallet mereka dari 8 hingga 11 Disember akan menerima rebat berjumlah sehingga RM55, dan berpeluang memenangi hadiah hebat berjumlah kira-kira RM650,000 daripada jenama-jenama seperti Mastercard, InterContinental Hotel Kuala Lumpur, Mhholiday dan rakan jenama yang lain.  Pengguna juga boleh menyertai ‘Make a Wish with Onederful Wallet’ di dalam aplikasi Lazada dari 1 hingga 12 Disember dan memenangi hadiah hebat 12.12 seperti Oneplus 8T, Apple AirPods Pro dan juga Apple Watch SE!

Jadikan impian anda satu kenyataan dengan pertandingan “Wish for It, Vote for It’ Lazada bagi memenangi hadiah hebat bernilai RM45,000 yang terdiri daripada telefon mudah alih hinggalah kepada alat permainan video, pek kecantikan, jam tangan, set fon kepala dan banyak lagi yang pastinya akan menceriakan lagi musim cuti anda! Anda cuma perlu pergi ke Suapan Lazada dari 3 Disember hingga 11 Disember  untuk menyertai dengan mengundi ‘Hadiah’ pilihan anda. Lagi banyak undi yang anda terima dengan menyelesaikan misi, lebih tinggi peluang anda untuk membawa pulang salah satu hadiah tersebut. Pemenang akan diumumkan pada 12 Disember.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jualan Besar Akhir Tahun Lazada, sila kunjungi di sini.

*Semua tawaran yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada Terma & Syarat.

 

-TAMAT-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *