(SEMASA) Lip Hop melindungi anda daripada sinaran matahari agar anda boleh berseronok!

Spread the love

c Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80-horz

Perlindungan daripada sinaran matahari kini semakin menyeronokkan menerusi pelancaran Lip Hop, satu rangkaian produk perlindungan matahari daripada  Guardian. Rangkaian produk ini telah diuji dan terbukti secara dermatologi oleh pakar kesihatan serta kecantikan Guardian. Ia menawarkan perlindungan sepanjang tahun dan kelegaan daripada sinaran matahari bila-bila masa sahaja bersama formulasi inovatif yang sememangnya memberi memberi manfaat kepada kulit. Diformulasi dan dihasilkan di Korea*, rangkaian produk Lip Hop menawarkan penyelesaian perlindungan daripada matahari yang mudah, menyeronokkan dan berkesan.

Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan Dairy Farm Company Limited, Segolene Defline berkata: “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Lip Hop yang dihasilkan di Korea demi menyediakan produk berkualiti dan inovatif dalam memenuhi keperluan produk perlindungan daripada matahari. Koleksi ekstensif ini merangkumi apa jua aktiviti di luar rumah dan direka khas untuk menangani pelbagai masalah berkaitan perlindungan matahari. Sekali gus memberikan perlindungan pada harga yang berpatutan sepanjang masa.”

Bagi kebanyakan pengguna di negara bercuaca tropikal, mereka tidak dapat mengelak daripada terkena sinaran matahari secara sepenuhnya.  UVA boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Manakala sinaran UVB pula merupakan punca utama kepada masalah selaran matahari. Matahari juga boleh membuatkan kulit anda menjadi gelap berbanding sebelumnya, melalui   pembentukan bintik-bintik hitam pada mekanisma perlindungan semula jadi kulit anda. Pembungkusan yang segar dan formulasi inovatif Lip Hop pasti menarik perhatian golongan muda, selain dapat menggalakkan mereka untuk menggunakan produk perlindungan matahari sebagai salah satu regimen penjagaan kulit dari usia muda.

Sama ada anda gemar berenang atau sekadar bersiar-siar di bandar pada hari yang cerah, Lip Hop sememangnya dapat melindungi anda.

a Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50

Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 PA++++, RM35.90

Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 PA++++ menggabungkan pelbagai fungsi ke dalam satu botol semburan yang mudah dibawa dan senang digunakan pada bila-bila masa sahaja. Semburan yang dihasilkan di Jepun ini memberikan perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB.

Lagipun, ekstrak tambahan Acerola mengandungi bahan-bahan anti oksidan dan kaya dengan vitamin C yang membantu mengurangkan bintik-bintik hitam. Manakala ekstrak Alga pula membantu melembabkan kulit menerusi elemen seramida dan filaggrin. Formulasi ini bebas PABA, parabens, pewarna tiruan, kandungan yang diperolehi daripada haiwan, minyak asli dan oxybenzone. Terbukti dan diuji secara dermatologi, ia selesa untuk dipakai pada kulit anda.

Rasa serbuk yang nipis dan unik memberikan sentuhan lembut dan membantu menyerap lebihan sebum di atas kulit anda. Sapukan sebelum anda bersolek untuk penampilan lebih semula jadi.  Malah ia juga boleh bertindak sebagai asas solekan bagi memastikan penampilan anda kekal menawan sepanjang hari!

b Kids Hypoallergenic Sun Protection Lotion SPF50Kids Hypoallergenic Sun Protection Lotion SPF50 PA+++, RM34.90

Formula hypoallergenic pada losyen ini memastikan keselesaan pada kulit kanak-kanak yang sensitif. Namun ia tetap padat dengan dua kandungan semula jadi – Portulaca Oleracea dan ekstrak buah epal untuk membantu melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari, selain  menghalang kerosakan kulit akibat unsur radikal-radikal bebas.

Kids Hypoallergenic Sun Protection Lotion kalis peluh sehingga 40 minit. Jadi ia sesuai untuk kanak-kanak menikmati sukan air atau aktiviti luar rumah yang panjang. Ekstrak semula jadi Portulaca Oleracea membantu melegakan kulit anak anda selepas terdedah kepada sinaran matahari. Sementara ekstrak semula jadi epal pula mengandungi anti oksidan yang membantu menghalang kerosakan kulit akibat unsur radikal-radikal bebas.

Formulasi ini bebas PABA, parabens, pewarna tiruan, kandungan yang diperolehi daripada haiwan, minyak asli dan oxybenzone. Terbukti dan diuji secara dermatologi, produk berkualiti ini memberikan keselamatan serta perlindungan daripada matahari yang maksimum.

c Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80 PA+++, RM34.90

Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80 PA+++ diformulasi khas untuk membantu meningkatkan seri semula jadi kulit anda, pada masa yang sama memberi perlindungan daripada pancaran matahari. Melavoid™ Whitening Factor yang unik, kandungan pemutih aktif  membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri. Sebagai tambahan, ekstrak Hawthorn Berry membantu melegakan kulit selepas terdedah kepada matahari.

Terbukti dan diuji secara dermatologi, losyen untuk aktiviti luar rumah yang nipis dan boleh dipakai setiap hari ini mengandungi ekstrak Acai Berry bersama anti oksidan yang membantu menghalang kerosakan kulit akibat unsur radikal-radikal bebas. Mempunyai tekstur yang tidak berminyak, produk buatan Korea ini memberikan kesan penyejukan yang pantas pada kulit.

d Super Defence EX Sun Protection Milk SPF115

Super Defence EX Sun Protection Milk SPF115 PA+++, RM36.90

Super Defence EX Sun Protection Milk SPF115 PA+++ merupakan penyelesaian penuh untuk anda melindungi kulit daripada kesan matahari yang berbahaya. Formula Nano Double Anti-UV Defence melindungi serta menyerap sinaran UVA dan UVB dengan berkesan secara sekali gus untuk melindungi daripada bahaya sinaran matahari, memberikan kulit anda penampilan yang semula jadi. Ia mengandungi ekstrak-ekstrak herba dengan elemen anti oksida yang kuat bagi membantu menghalang proses penuaan seperti pembentukan garis-garis halus, kulit kasar dan tidak bermaya. Produk ini juga memanfaatkan kuasa Asid Hyaluronic – pelembab terbaik untuk penghidratan mendalam, sekali gus memastikan kulit anda kekal anjal dan segar.

 

Boleh didapati di semua cawangan Guardian Health & Beauty mulai September 2015.

 

Sempena dengan pelancaran Lip Hop, satu rangkaian produk perlindungan matahari daripada Guardian, dapatkan satu 100ml Aloe Vera Gel percuma dengan setiap pembelian Lip Hop sementara stok masih ada. Kunjungi www.liphop.com.my untuk muat turun e-voucher bagi penebusan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *