(SEMASA) MAJLIS BERBUKA ASIA PACIFIC INNOVATION MANAGEMENT & SRI CORPORATION

IMG_8205

Bertempat di Restoran Asmara Penchala telah berlangsungnya majlis berbuka puasa Asia Pacific Innovation Management (APIM) dengan kerjasama Sri Corporation Sdn Bhd (SCSB) dan Restoran Asmara Penchala. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab korporat kepada masyarakat dalam usaha mereka untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya tahun ini. Pada masa yang sama, berlangsung juga majlis penyerahan pelantikan di antara Asia Pacific Innovation Management (APIM) kepada Sri Corporation Sdn Bhd (SCSB) atas kerjasama strategik bagi Program Persijilan Usahawan Industri yang dikelolakan oleh Creative Innovative Entreprenuers Sdn Bhd.

iftar faizal tahirsmallTurut hadir di majlis ini  ialah wakil-wakil dari Lembaga Tabung haji, PPD Daerah Kuala Selangor, Universiti Sains Malaysia serta YB Dato Nor Hasnal, YB Dato Muhammadd Amar, Prof. Dr Ibrahim dan Datin Ira serta Puan Suraya Ismail . Pihak tuan rumah telah menjemput seramai 220 kanak-kanak yang terdiri dari anak-anak yatim dari rumah Amal Budi Bistari Rawang, Tahfiz IMTAZ, Tahfiz Darul Ulama dan golongan Asnaf. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Imam Muda musim ke 2 iaitu Imam Muda Amar Wan Harun yang sempat memberikan sedikit tazkirah serta kehadiran penyanyi terkenal saudara Faizal Tahir yang turut sama menghiburkan para tetamu dengan persembahan beliau. Sebelum bermulanya majlis ini, pihak tuan rumah menjalankan sessi mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat yang dimasak oleh Chef Yang Jamil yang merupakan Chef Selebriti 1 Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *