(SEMASA) MAJLIS PELANCARAN SYARIKAT FATTAH AMIN, MRP INTERNATIONAL SDN BHD

Jumaat, 16 Februari 2018- Fattah Amin secara rasminya melancarkan syarikatnya sendiri, iaitu MRP International Sdn.Bhd. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Ia dihadiri oleh para media, social media influencers serta stokis-stokis syarikat.

Fattah Amin yang juga memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO syarikat telah berkongsi tentang Visi & Misi syarikat yang terlibat dalam pembuatan serta pengedaran produk makanan kesihatan, sejajar dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang kesihatan.

MRP International Sdn Bhd, mengedarkan produk-produknya hanya melalui stokis dan agen yang sah sahaja. Stokis dikenali sebagai Fattah Partner manakala agen pula dikenali sebagai Fattah Apprentice. Kumpulan ni dipanggil Fattah Business Network (FBN). Konsep perniagaan berjemaah dan dilatih sendiri oleh Mr Presiden, Fattah Amin.

Sistem agen MRP International ini adalah sangat unik dan yang pertama seumpamanya di dunia. Ia menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih dan boleh membantu ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan yang lumayan serta stabil, berjangka masa panjang menggunakan platform online yang telah dibangunkan sendiri oleh syarikatnya. Para stokis dana agen boleh menjual produk MRP INTERNATIONAL melalui online dan juga cara konvensional.

Apa yang menarik tentang system ini adalah, FBN boleh menjana pendapatan tanpa had secara akif dan pasig 24 jam sehari secara global.

Produk utama yang dikeluarkan pula juga adalah yang pertama seumpanya di Malaysia, iaitu Sup Kesihatan rendah kalori dalam perisa sup ayam, sup cendawan & sup tom yam. Produk ini dikenali sebagai MRP DIET.

Produk kedua adalah minuman detox yang berperisa buah-buahan berry yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan badan terutama usus. Produk ini dikenali sebagai MRP BERRYTOX.

Produk-produk yang dikeluarkan MRP INTERNATIONAL SDN BHD diformulasikan di Switzerland tetapi dikilangkan di produksi bertaraf GMP, HACCP, HALAL serta ISO9001 di Malaysia. Semua produk-produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD adalah telah mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM serta lulus KKM.

Ini adalah kali pertama Fattah Amin berniaga secara serius dan berskala besar menggunakan teknologi perniagaan terkini, setelah berjaya menempa nama dalam bidang hiburan.

Pada hari itu juga Fattah Amin telah melancarkan lagu jingle MRP International yang dinyanyikan sendiri oleh beliau. Lirik & melodi tersebut adalah hasil kerjasama Fattah Amin sendiri serta composer terkenal, Mel Ramlan.

Dalam majlis pelancaran MRP International Sdn Bhd ini juga turut meraikan stokis-stokis yang berjaya mencapai target jualan, dengan memberi ganjaran berupa cincin emas. Setiap bulan, stokis yang Berjaya mencapai sasaran jualan akan diberikan bonus kepinan emas tulen disamping keuntungan dari jualan masing-masing.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Fattah Amin beserta stokis-stokis yang merupakan VVIP kepada syarikat MRP INTERNATIONAL SDN BHD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *