(SEMASA) MAJLlS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA ANTARA JAKEL SHAH ALAM DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI PENYERAHAN SUMBANGAN 60,000 PASANG BAJU RAYA

Spread the love

sdr

PETALING JAYA, Jumaat, 26 Mei 2017: YB Dato’ Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd pada hari ini mengadakan Majlis menandalangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah. Kelantan.

dav

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 penduduk di Parlimen Tanah Merah lebih ceria apabila setiap keluarga bakal menerima 60,000 pasang baju raya . YB Dato’ Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah hari ini dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbanqan ini dapal menggembirakan penduduk di Tanah Merah di samping dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan .

sdr

Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan . Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.

Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri tahun ini. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta duta mereka tahun ini, iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskander, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

sdr

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebua portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidlifitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan ramadhan bermula esok sehingga malam raya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *