(SEMASA) Malaysia Online Business Expo  (Ekspo Bisnes Dalam Talian Malaysia) di Mid Valley Exhibition Centre

Kuala Lumpur, 1 Jun: Malaysia Online Business Expo (MOBE), yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre Hall 1, 2, dan 3, adalah sebuah pameran yang mempamerkan semua perniagaan berkaitan internet. Terbuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga 10 malam, ianya bermatlamat untuk mewujudkan platform bagi pemilik perniagaan dan usahawan untuk rangkaian dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Dikenali dengan rangkuman perniagaan dalam talian yang meluas, MOBE membawa platform dalam talian ke tapak di mana pemilik perniagaan dan usahawan dalam talian dapat mempamerkan dan menjual produk atau perkhidmatan mereka di luar talian. Ia menghubungkan pemilik perniagaan dan usahawan kepada pelanggan mereka. Selain itu, MOBE juga berharap dapat menggalakkan individu-individu yang ingin menubuhkan perniagaan dalam talian untuk melakukannya dengan cara dan di platform yang betul.

 “Kami telah melihat perkembangan di dalam perniagaan dalam talian, tetapi ia masih di dalam tahap pertumbuhan di Malaysia. MOBE mencipta peluang untuk orang ramai mempelajari tentang perniagaan dalam talian, cabarannya dan pencegahan penipuan siber. Di sinilah para peserta pameran berkumpul untuk bertemu satu sama lain dan bertemu pelanggan mereka. Mereka mempunyai peluang untuk mempromosikan, mendidik, dan mendapatkan maklum balas daripada rakan usahawan dan pelanggan mereka. Tambahan pula, kami juga berharap dapat memupuk minat untuk menyertai perniagaan dalam talian,” kata Jason Yee, pengasas Malaysia Online Business Expo 2018.

Dengan lebih daripada 100 peserta pameran, MOBE tahun ini menyasarkan untuk menarik lebih daripada 50,000 pengunjung. Pengunjung berpeluang berkunjung dan berkomunikasi dengan pakar daripada pelbagai industri; sektor FMCG, fesyen, pengiklanan dan banyak lagi.  Selain melawat tapak pameran, pengunjung juga dijemput mengahadiri ceramah yang disampaikan oleh pakar daripada pelbagai industri tersebut. Topik ucapan termasuk pemasaran rangkaian, pemasaran strategik, keselamatan, dan pematuhan siber. Terdapat juga cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih dari RM 20,000 untuk dimenangi. Kemasukan adalah percuma.

Hadir pada majlis pelancaran MOBE 2018 ialah pengasas, Jason Yee, penasihat Malaysia Online Business Expo 2018, Dato Norman Pang, wakil-wakil daripada iPay88, J&T Express dan Hong Leong Bank. Mereka juga disertai oleh selebriti tempatan; Jeff Chin, Joe Chang, and Wind Lee 李诗斌

Untuk maklumat lanjut berkaitan MOBE, layari www.facebook.com/mobexpo.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *