(SEMASA) MAMEE DYDO MEMPERKENALKAN MAMEE COOL TEA

Spread the love

BKL_6150_Min

Syarikat yang tidak asing lagi dan dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat, MAMEE Double-Decker (M) Sdn Bhd (‘MAMEE’) hari ini mengumumkan kerjasamanya bersama salah sebuah pengeluar minuman bebas alkohol utama di Jepun, DyDo DRINCO, INC. (‘DyDo’) bagi mentransformasikan landskap perniagaan minuman. Sejak sekian lama MAMEE membina identiti sebagai pendahulu dalam pengeluaran snek dan mi di Malaysia dengan beberapa produk yang menjadi kegemaran ramai seperti MAMEE Monster snack, Mister Potato Chips dan MAMEE Chef.

BKK_9589_Min

MAMEE mula mempelbagaikan produknya apabila mengeluarkan minuman di bawah subsidiari milikan penuhnya, MDD Beverage Sdn. Bhd. yang membotolkan jenama-jenama antarabangsa serta mengeluarkan Cheers, barisan minuman berkarbonat berperisa buah-buahan sebelum mengembangkan pengeluaran kepada susu berkultur dan yogurt di bawah jenama Nutrigen dan Lite Yo. Menerusi pengenalan produk susu berkultur, MAMEE terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama menyeluruh yang mengeluarkan snek, mi dan minuman.

Kolaborasi di antara MAMEE dan DyDo hari ini menandakan satu lagi pencapaian kepada perusahaan minuman MAMEE. Kedua-dua syarikat berkongsi misi yang sama untuk menjadi peneraju dalam industri pengeluaran makanan dan minuman. Kedua-dua syarikat juga komited terhadap penyediaan produk berkualiti secara konsisten pada harga berpatutan.

BKL_6083_Min

Reputasi nama jenama dan keteguhan posisi MAMEE dalam pasaran Malaysia dan antarabangsa menjadikan ia rakan niaga yang menarik untuk DyDo selain meraih pengaruh pasaran dan kekuatan jaringan pengedaran tempatan yang dimiliki MAMEE. Pematuhan Halal turut menjadi faktor penarik buat DyDo menerusi kolabirasi ini kerana ia membantu mereka meningkatkan penyertaan dalam pasaran negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. MAMEE pula akan menikmati faedah Penyelidikan & Pembangunan berstandard kualiti tinggi dan kemajuan teknologi kelengkapan farmaseutikal DyDo Group, DAIDO Pharmaceuticals Corporation (‘DAIDO Pharmaceuticals’). DAIDO Pharmaceuticals mampu membangunkan produk-produk baharu seperti suplemen kecantikan, minuman antioksidan bagi memenuhi trend semasa. Hubungan yang erat dan teguh bersama pengeluar kandungan dan ubat-ubatan membolehkan DAIDO Pharmaceuticals kekal bersaing dengan pembangunan-pembangunan terkini dan membantu menghasilkan produk yang boleh dipasarkan yang relevan terhadap keperluan semasa.

BKL_6157_Min

Pelancaran MAMEE DyDo Cool Tea

Hubungan yang berterusan dengan pengguna bagi memahami keperluan mereka mendorong DyDo dan MAMEE untuk terus berinovasi. Menerusi kolaborasi ini, inovasi pertama MAMEE DyDo, MAMEE DyDo Cool Tea dilancarkan secara rasmi pada majlis pengumuman kerjasama tersebut. MAMEE DyDo Cool Tea merupakan minuman herba yang membantu menyejukkan tubuh secara semula jadi daripada cuaca panas dan makanan pedas.

Malaysia merupakan sebuah negara tropika yang indah dan mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia juga hab kepada kepelbagaian budaya dengan setiap satu daripadanya menawarkan cita rasa berbeza bagi memberikan kepelbagaian juadah yang tersendiri. Walaupun cuacanya panas, makanan di Malaysia juga kebanyakannya panas, pedas, bergoreng dan dipanggang. Segalanya di Malaysia berkisar tentang kehebatan makanannya. Budaya sosialnya menyaksikan individu berkumpulan duduk bersama-sama sambil menikmati juadah enak dan rakyat Malaysia boleh ditemui makan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

 

MAMEE DyDo memahami obsesi rakyat Malaysia terhadap makanan dan kebiasaan tersebut meningkatkan haba berlebihan di dalam badan. Berpandukan faktor tersebut, MAMEE DyDo menerusi kolaborasi ini, mengeluarkan MAMEE DyDo Cool Tea yang menggabungkan 8 ekstrak herba semula jadi diperoleh daripada pokok cincau (Mesona Chinensis), akar likuoris (Liquorice Root), daun teratai (Lotus Leaf), bunga honeysuckle, bunga kekwa (Chrysanthemum Flower), daun mulberi (Mulberry Leaf), Selfheal dan  buah Luo Han Guo (Grosvenor Momordica) yang secara tradisional terkenal dalam membantu membebaskan haba badan.

Teh herba terkenal sejak zaman dahulu dengan faedahnya yang menakjubkan disebabkan oleh kandungan semula jadinya. Kebanyakan orang selalu menambah herba dalam minuman dan makanan bagi melancarkan peredaran dan menyingkirkan haba dari dalam badan. Herba juga membantu membebaskan haba dari dalam badan dengan cara memanaskan badan agar pori-pori dapat terbuka sekali gus membolehkan badan menyejuk menerusi perpeluhan. Satu lagi faedah teh herba ialah ia membantu mengekalkan hidrasi tubuh. Apabila tubuh dipenuhi haba, ia kehilangan air lebih cepat dan adalah penting untuk menggantikan kehilangan air ini dengan cara yang betul. Dengan adanya MAMEE DyDo Cool Tea, orang ramai tidak perlu bersusah-payah menyediakan teh herba sendiri menerusi proses kompleks melibatkan pendidihan berjam-jam lamanya termasuk pemanisan dan penapisan.

Para pengguna juga akan menyaksikan pembaharuan dalam kategori minuman menerusi pengenalan lebih banyak minuman berinovasi dan fungsional daripada MAMEE DyDo seawal tahun hadapan.

BKL_6312_Min

Mengubah masa depan industri minuman di Malaysia

Inovasi MAMEE DyDo tidak hanya terhad terhadap pembangunan produk. Dengan pengalaman ekstensif DyDo dalam mengendalikan operasi mesin layan diri (vending machine) di Jepun, ia akan membantu mengubah landskap perusahaan mesin layan diri di Malaysia. MAMEE DyDo mempunyai rancangan bagi memperkenalkan mesin layan diri moden dalam usahanya memastikan kemudahan dan keberadaan produk dengan lebih efisien. Melihat kepada waktu kerja dan masa makan yang tidak menentu, mesin layan diri akan menjadi bukti terhadap kemudahan berdaya maju di pejabat, blok-blok pejabat, institusi pendidikan, hab-hab pengangkutan awam dan banyak lagi lokasi bersesuaian. Dengan kepelbagaian penyediaan dalam pilihan F&B mesin layan diri, MAMEE DyDo bakal membezakan identitinya daripada perkhidmatan mesin layan diri yang lain. Terdapat juga pelan yang sedang dalam perbincangan bagi membina kilang pengeluaran yang dilengkapi teknologi pembangunan termaju bagi mengeluar dan memperkenalkan lebih banyak produk fungsional dan bernutrisi.

“Kami melihat potensi besar dalam mengembangkan kategori minuman sedia minum (ready-to-drink) di Malaysia dan DyDo berpeluang membantu meningkatkan kemajuan teknologi pengeluaran minuman serta kemantapan fasiliti R&D. Malah, selain mengembangkan perusahaan minuman, ia juga membantu kami melengkapkan perusahaan snek dan mi,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MAMEE-Double Decker Beverage, Pierre Pang pada pelancaran media MAMEE DyDo Cool Tea.

Para pengguna juga akan menyaksikan pembaharuan dalam kategori minuman menerusi pengenalan lebih banyak minuman berinovasi dan fungsional daripada MAMEE DyDo seawal tahun hadapan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *