(SEMASA) MAPS lancar roller coaster Boboiboy Galaxy Cactus

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 November 2018: Filem Animasi Park Studios (MAPS) Perak dengan bangganya melancarkan tarikan baharu roller coaster Boboiboy Galaxy Cactus. Tarikan baharu ini menyasarkan kepada golongan keluarga terutama kanak-kanak melengkapkan lagi pengalaman hiburan di MAPS.Ahli lembaga pengarah MAPS, Encik Ramelle Ramli berkata, pengunjung turut berpeluang membeli barangan eksklusif Boboiboy di kedai cenderamata Boboiboy Collectable

“Selain itu kafeteria Boboiboy yang terletak berhampiran turut menyediakan 20 pilihan buffet buat pengunjung.

“Tambah menarik peminat Boboiboy berkesempatan beramah mesra bersama maskot Boboiboy Galaxy,” ujarnya.

Selain itu, MAPS turut menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah ilusi optik yang bakal menarik perhatian pengunjung, sebuah kolaborasi bersama rilogy Magic Factory, yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Menerusi Dream Box pula, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucher makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina.

Terbaharu di MAPS pada Disember ini, pengunjung berpeluang berhibur dengan Teater Muzikal Hantu Kak Limah bermula 24 hingga 31 Disember 2018.

Teater yang diadaptasi daripada filem sebenar Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid itu akan dipentaskan sebangak dua kali sehari di Teater, MAPS.

Buat yang ingin mencuba bakat, Dbilique membuka peluang ujibakat sebagai hos selebriti di MAPS menampilkan Faizal Ismail dan Farah Fauzana sebagai jurulatih sifu. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas, petah berbahasa Melayu dan Inggeris selain berpewatakan menarik. Sertai dengan memuat naik video berserta hashtag #dbilique dan #mapsperak

Untuk sebarang maklumat berkaitan MAPS, layari www.mapsperak.com atau Facebook page www.facebook.com/mapsperak


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *