(SEMASA) McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) berganding bahu untuk membawa ceria

3

Kuala Lumpur, 28 Jun 2016 – McDonald’s Malaysia bersama-sama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) meraikan kira-kira 75 orang kanak-kanaki di Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kg. Sg. Penchala minggu lalu.

Sejumlah 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan McDonald’s sendiri telah meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak Pusat Jagaan Lambaian Kasih. Ini termasuklah menceriakan rumah kebajikan ini dengan pelbagai dekorasi hari raya, mengagihkan juadah berbuka puasa, dan bersolat jemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama kanak-kanak dan tenaga pengajar di rumah kebajikan ini. McDonald’s telah turut menaja McChicken dan Apple Pie untuk moreh. Bukan itu sahaja, Ronald McDonald juga turut hadir memeriahkan suasana di rumah kebajikan ini dengan sesi bercerita.

Sesungguhnya, ia merupakan hari yang cukup bermakna untuk kanak-kanak dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih ini apabila pihak McDonald’s Malaysia turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak penghuni rumah ini. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) pula telah memberikan sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada rumah kebajikan tersebut dan  barangan keperluan sekolah

“Kami berasa gembira dapat membantu menceriakan kanak-kanak ini, lebih-lebih lagi ketika rakyat Malaysia sedang menyambut Ramadhan dan membuat persiapan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

“Saya juga berterima kasih kepada para sukarelawan McDonald’s yang turut hadir menjayakan majlis pada hari ini. Sesungguhnya, Majlis yang diadakan pada hari ini juga merupakan sebahagian daripada misi kami untuk mendekati masyarakat setempat bagi mengembirakan atau membawa impak positif kepada kehidupan mereka. Semoga usaha kecil kami ini mampu membawa kenangan manis kepada mereka

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia sejak tahun 1990 lagi dan merupakan salah sebuah daripada 300 RMHC di seluruh dunia. Badan ini bermatlamat memberikan impak positif dalam kehidupan kanak-kanak khususnya melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald, Ronald McDonald “Gift of Smile”, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program biasiswa Ronald McDonald.

Rumah Ronald McDonald merupakan rumah perantaraan bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada pesakit pediatrik dan keluarga mereka manakala Ronald McDonald “Gift of Smile” dilancarkan untuk merawat kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit. Bilik Sensori Ronald McDonald pula bertujuan untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi-deria khas. Program Biasiswa Ronald McDonald pula dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *