(SEMASA) MEET & GREET BERSAMA FELIXIA YEAP (RARA)

Spread the love

IMG_8510

PTS Media Group Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat komersial yang bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam bahasa Melayu. PTS memperkenalkan tagline “Buku Untuk Semua” yang menggambarkan variasi pilihan buku yang terdiri daripada pelbagai genre meliputi semua kategori umur tidak mengira bangsa mahupun agama. Semestinya ia sesuai dijadikan wadah ilmu buat seisi keluarga sejajar dengan misi memandaikan bangsa seperti yang dipegang oleh syarikat ini.

IMG_8487

PTS Media Group dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah mengadakan majlis Meet & Greet bersama Felixia Yeap (Rara) dan pelancaran buku terbaru beliau iaitu #AmoiBerhijab pada 14 Mac 2015  bertempat di Pentas Utama Ruang Legar MYDIN Mall USJ, Subang Jaya . Eksklusifnya pada hari tersebut, selain darpat berkongsi pengalaman bersama Rara, para pengunjung turut berpeluang membeli buku beliau ini di Pasar Raya Besar MYDIN USJ pada harga RM18.00 senaskhah dan berpeluang bergambar bersama Rara.

IMG_8490

Hubungan antara PTS dan MYDIN juga turut terjalin sebelum ini menerusi kerjasama melalui beberapa majlis pelancaran seperti Mushaf Furqan, iaitu Al-Quran pertama PTS serta karya dari Indonesia iaitu Socrates adalah Luqmanul Hakim Berkulit HitamSelain kerjasama dalam bentuk acara, PTS dan MYDIN juga turut menjalinkan kerjasama erat dari segi pengedaran beberapa buah buku amalan agama bersaiz poket seperti Yasin & Tahlil Edisi Al-Manzil (Zikir Pendinding Diri daripada Sihir dan Syaitan), 7 Surah Pilihan sebagai Amalan Harian, dan Mulakan Kerja dengan Doa, Yasin Edisi Angin Ahmar (Strok) – Doa Pelindung & Penawar.

Sesi Meet & Greet ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat Rara untuk mendekati beliau dalam satu acara eksklusif di samping mengikuti kisah perjalanan hijrah beliau yang tidak pernah didedahkan di mana-mana media sebelum ini. Acara seumpama ini diharap dapat memberikan impak positif dan teladan kepada masyarakat.

amoi

Tajuk: #AmoiBerhijab

Kategori: Motivasi & Inspirasi

Penulis: Raisyyah Rania Yeap

Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Jumlah Muka Surat: 160

Harga Semenanjung: RM18.00

Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah: seksi.

Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah: Playboy. Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal: hijab.

Namun siapa sangka, di balik wajah menawan itu ada banyak kisah? Kisah yang selama ini dipendam, disimpan, dan tidak dikongsikan.

Dalam Amoi Berhijab, ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik dibuli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja.

Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamor. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insan.

Amoi Berhijab, sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurnya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *