(SEMASA) MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN BERSAMA THE HELPING HANDS KUALA LUMPUR DAN VENDEUR FESTIVAL

IMG-20151120-WA0012

KUALA LUMPUR – THE Helping Hands Kuala Lumpur julung kalinya bekerjasama dengan Vendeur Festival bagi menganjurkan satu program bersama golongan gelandangan yang berada di sekitar kota raya Kuala Lumpur.

Program tersebut yang mensasarkan kepada beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur seperti Dataran Maybank, Mydin, Masjid Negara dan juga Pasar Seni, program tersebut akan berlansung pada 27 November 2015.

IMG-20151120-WA0015

Bertemakan “Breakfast for Homeless”, program ini bertujuan untuk memberi set sarapan kepada golongan gelandangan dengan harapan golongan tersebut boleh memulakan hari seterusnya dengan semangat yang baru.

Jurucakap daripada The Helping Hands Kuala Lumpur, Diana berkata “secara amnya program ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan golongan gelandangan pada hari tersebut. Seperti sedia maklum, sarapan pagi merupakan sajian yang paling penting untuk penyediaan tenaga sepanjang hari.”

IMG-20151120-WA0014

“Set sarapan yang diberikan kepada para gelandangan ini hanya bernilai RM5 yang terdiri daripada makanan berat, biskut kering, air dan juga mint. Terdapat pepatah yang mengatakan Breakfast like a king, Lunch like a queen and Dinner like a beggar,” tambahnya lagi.

Diana juga menyatakan harapan beliau adalah untuk menyemai sikap yang positif di dalam diri rakyat Malaysia.

“Selain daripada itu, langkah ini dapat mendidik kita untuk menjadi Hamba yang selalu mensyukuri nikamat-Nya dan juga berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. Kami percaya setiap rezeki yang kita miliki ada hak orang lain didalamnya,”IMG-20151120-WA0008

Wakil daripada Vendeur Festival iaitu Nurerlin Md Zulkhairi pula berharap inisiatif ini dapat membuka mata, hati dan minda masyarakat untuk sama-sama meringankan bebanan dan memerlukan golongan gelandangan yang memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk meneruskan hidup dan juga mencari semangat baru dalam hidup mereka.

“Bagi kami, program seperti ini adalah pemangkin untuk ramai lagi pihak memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban golongan gelandangan dan kami berharap program seperti ini akan berlanjutan bersama The Helping Hands Kuala Lumpur,”

IMG-20151120-WA0007

Selain daripada program “Breakfast for Homeless”, The Helping Hands Kuala Lumpur juga membantu pihak-pihak lain seperti Rumah Orang Tua, Anak-Anak Yatim, Anak- Anak Chow Kit dan juga Anak Rohingya.

Sebarang bentuk derma sangat dialu-alukan daripada orang ramai untuk membantu menjayakan program tersebut. Kepada pihak yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh disalurkan kepada Diana Abdul Manaf 164557067697 (MAYBANK).

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi program tersebut boleh menghubungi Cik Diana di talian 017-6731091 atau 019-8180433.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *