(SEMASA) Memperkenalkan Rangkaian Produk Krim Mandian Fruitale Antibacterial Ultimate Protection dengan Agen Antibakteria Semulajadi dan Haruman Buah-buahan Menyegarkan

Fruitale_002_1_2_1

Fruitale FairWhite UV, rangkaian produk penjagaan diri terkemuka, telah memperkenalkan rangkaian krim mandian Ultimate Protection dengan agen antibakteria semulajadi yang mampu membunuh 99.9% kuman dan diperkaya dengan haruman buah-buahan yang menyegarkan, khusus untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar dan inginkan rawatan semulajadi dan tradisional tanpa penyediaan yang rumit di rumah.

Rangkaian ini boleh didapati dalam tiga varian iaitu Clinicare, Freshcare dan Vitacare dengan formulasi yang kaya dan mewah serta menghasilkan buih yang banyak disamping mudah dicuci tanpa meninggalkan sebarang sisa berat.

Setiap varian dihasilkan menggunakan minyak pati semulajadi bersama haruman buah-buahan yang memberikan aroma yang berkekalan untuk kesegaran sepanjang hari biar pun di dalam cuaca panas lembap tropika.

Minyak pati semulajadi yang dipilih secara teliti termasuk Chamomile, Pudina dan Rosemary telah digunakan sejak turun-temurun oleh pelbagai kaum untuk pelbagai jenis rawatan kerana sifat antimikrobnya. Selain daripada itu, minyak pati ini juga terkenal dalam melembut dan merapikan kulit.

Fruitale Antibacterial Ultimate Protection Clinicare kaya dengan minyak pati Chamomile yang telah digunakan sebagai rawatan antibakteria sejak zaman Mesir purba lagi. Penggunaan yang kerap mampu memperbaiki kulit dan membuatnya lebih lembut, licin dan segar.

Bau haruman Chamomile yang menenangkan dipadankan dengan kemanisan Buah Ceri untuk pengalaman mandian yang mendamaikan dan baik untuk permulaan hari anda kerana ia membantu menyediakan mental untuk menghadapi kesibukan harian.

Fruitale Antibacterial Ultimate Protection Freshcare mengandungi minyak Pudina yang membersih dan menghaluskan kulit serta melembapkan dan mengimbangi nilai pH untuk kulit yang lebih sihat dan menawan. Haruman sitrus Mediterranean dan pudina memberi rasa kesegaran dan keghairahan semasa mandian waktu pagi.

Fruitale Antibacterial Ultimate Protection Vitacare menggabungkan minyak pati Rosemary yang merupakan herba yang biasa digunakan dalam masakan dan pengawetan makanan, bagi menyubur dan melindungi kulit secara semulajadi serta menjadikannya lebih bersih, lembut dan licin. Keberkesanan Rosemary telah terbukti sejak zaman Inggeris-Saxon lagi sebagai rawatan herba bersifat antibakteria, antioksidan dan astringent menjadikannya sesuai untuk membunuh kuman. Haruman Rosemary digabung bersama kemanisan buah Manggis pula menghasilkan haruman yang kompleks dan mempesonakan.

Rangkaian produk krim mandian Fruitale Antibacterial Ultimate Protection telah disahkan halal oleh Halal Certification Agency Vietnam (HCA), badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Pensijilan halal ini memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim untuk menggunakan produk ini.

Menurut Pengurus Produk Kumpulan Penjagaan Diri dan Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, rangkaian produk krim mandian Fruitale Antibacterial Ultimate Protection dibangunkan bagi memenuhi permintaan meningkat terhadap produk penjagaan diri daripada pengguna di Malaysia yang mencerminkan trend global dalam kesihatan dan kecantikan.

 “Rangkaian produk ini lahir daripada maklum balas konsumer supaya Fruitale menawarkan rangkaian produk antibakteria semulajadi. Kami yakin bahawa pasaran telah bersedia untuk menerima produk sebegini dan terdapat permintaan terhadap produk ini.

“Haruman ini mencerminkan trend dalam minyak wangi untuk haruman buah dan bungaan serta haruman yang lebih kompleks dan kontemporari yang sesuai untuk lekaki dan wanita, kerana minyak pati mengimbangi kemanisan haruman buah-buahan.

“Dengan krim mandian Fruitale Antibacterial Ultimate Protection, para pengguna mendapat perlindungan antibakteria bersama kebaikan semulajadi minyak pati untuk kulit yang lebih sihat, licin dan lembap disamping pilihan haruman yang mengagumkan. Ia melindungi dan menyegarkan anda sepanjang hari,” kata beliau.

Harga dan Lokasi Jualan

Rangkaian produk krim mandian Fruitale Ultimate Protection 800ml boleh didapati di seluruh negara pada harga RM9.60 sebotol.

Untuk menyertai komuniti Fruitale, sila “Like” Fruitale di www.facebook.com/Fruitale.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *