(SEMASA) ME’NATE STEAK HUB BERJAYA RAIH 2 ANUGERAH BERPRESTIJ

Syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd, pemilik Me’nate Steak Hub mengadakan satu (1) sidang media untuk meraikan kejayaan pihak pengurusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd merangkul dua (2) anugerah berprestij yang diterima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Anugerah ini adalah satu (1) pengiktirafan tinggi yang telah diberikan kepada Me’nate Steak Hub sebagai sebuah restoran stik dan makanan barat yang bermutu tinggi yang terdapat di kawasan Lembah Klang.

Palace Butcher Resources Sdn Bhd telah berjaya di dalam penjenamaan semula restoran ini yang telah diambilalih sejak tahun 2015. Daripada sebuah restoran yang sederhana di Ampang, kini Palace Butcher Resources Sdn Bhd hanya dalam tempoh tiga (3) tahun berjaya menambah tiga lagi rangkaian baru Me’nate Steak Hub di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Restoran-restoran ini terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Pihak pengurusan sedang merangka strategi bersama agensi kerajaan yang berkaitan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara. Palace Butcher Resources Sdn Bhd akan membuka peluang ini kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengurus dan mengendali rangkaian-rangkaian baru kelak. Setakat ini, beberapa negeri telah dikenalpasti iaitu di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Sejak mengambil alih pengurusan Me’nate Steak Hub pada tahun 2015, pihak pengurusan telah melakukan banyak perubahan-pembahan besar dan drastik bagi mempeningkatkan imej Me’nate sebagai sebuah restoran makanan barat yang berprestij tinggi. Perkara ini termasuk rekaan dalaman restoran, peralatan-peralatan memasak yang moden dan yang paling penting dan mana adalah pemilihan daging segar yang berkualiti tinggi serta bahan-bahan mentah lainnya yang segar dan dipilih khas.

Sebaik mungkin, Me’nate cuba mengelakkan daripada menggunakan bahan-bahan segera. Pihak pengurusan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mutu dan kualiti daging yang dijual. Daging-daging terpilih ini adalah diimport dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Antara yang menarik dan unik mengenai Me’nate Steak Hub adalah ia juga, sebuah kedai menjual daging mentah, di mana pelanggan boleh membeli daging yang telah siap dipotong untuk dibawa pulang. Pelanggan tidak dikenakan bayaran atau caj tambahan apabila daging itu dimasak, untuk dimakan di restoran atau dibawa pulang.

Sejak mengambilalih operasi Me’nate Steak Hub, syarikat Palace Butcher Resources Sdn Bhd juga telah menubuhkan pusat permotongan dan penyimpanan daging (Central Buchery) sendiri untuk memotong, mengedar dan membekalkan daging mentah ke semua rangkaian Me’nate Steak Hub. Seterusnya, pihak pengerusan mengambil chef-chef yang berpengalaman untuk menyiapkan menu dan masakan yang terbaik untuk pelanggan. Sebahagian besar daripada chef Me’nate mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dan kesemua mereka adalah anak-anak tempatan.

Rahsia besar kejayaan Me’nate Steak Hub sebenamya terletak pada kualiti daging yang dijual dan dihidangkan kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan dapat melihat dan memilih sendiri daging-daging tersebut sesuai dengan kemampuan masing-masing ini adalah daya tarikan mana para pelanggan mengunjungi Me‘nate Steak Hub. Dan ini juga adalah faktor utama yang membezakan Me’nate Steak Hub dengan lain-lain restoran stik di Malaysia, dimana pelanggan memilih sendiri daging pilihan mereka.

Dibandingkan dengan kualiti daging yang terdapat di Me’nate Steak Hub, harga daging yang dijual di restoran ini adalah jauh lebih murah dibandingkan dengan yang Iain, terutama daging jenis Wagyu. Di samping daging Me‘nate Steak Hub juga menyediakan menu ikan. udang kara, ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang brrpatutan.

Pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. menu dan sajian makanan kepada para pelanggan justeru bersempena dengan anugerah yang kami terima pihak pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan setia Me’nate dan juga pihak media yang banyak membantu dalam mempromosikan Me’nate Steak hub sebagai sebuah restoran makanan barat yang baik dan berkualiti tinggi.

 

kredit foto : Pa Pa Din

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *