(SEMASA) MUSIM KETIGA FESYENISTA BABY KIKO & KIKO KINI KEMBALI

557245_10151904415820162_1353723510_ngmo

Rancangan yang menarik perhatian ramai tahun lalu, Fesyenista Manja Baby Kiko kini kembali dengan musim ketiga dengan kerjasama jenama Kiko dan diberi tajuk baru iaitu Fesyenista Baby Kiko & Kiko akan menampilkan cabaran yang berbeza. Pada musim yang lalu, penonton sendiri berpeluang merasai cabaran di dalam pertandingan realiti  ini yang mana setiap pasangan terpilih turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan selebriti-selebriti popular tanah air yang berperanan sebagai perunding fesyen untuk si manja mereka.

Uniknya Musim Ketiga ialah dua kumpulan akan bertanding dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 3 orang iaitu pasangan suami atau isteri dan si manja yang berumur enam bulan hingga tiga tahun pada Mac 2014 serta seorang kanak- kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Kanak-kanak yang terpilih akan mengayakan pakaian dari jenama Kiko dan si manja akan mengayakan pakaian dari Baby Kiko. Mereka akan bekerjasama dengan dua selebriti popular tanah air yang terdiri dari seorang selebriti dewasa dan seorang selebriti kanak kanak. Setiap episod akan disajikan dengan tema- tema cabaran yang baru dan menarik.

Pemenang yang dipilih oleh juri akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 15,000. Penonton juga berpeluang untuk mengundi  pasangan pilihan masing-masing melalui undian di Facebook dan pasangan yang terpilih bakal menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad  berkata, “Setelah bersiaran selama dua musim sebelum ini, kami mendapati program-program hiburan yang menampilkan ragam selebriti tempatan seperti ini sering mendapat tempat di hati para penonton kerana mereka berpeluang menyaksikan sendiri dengan lebih dekat telatah selebriti kegemaran mereka secara spontan di kaca televisyen.

 

Sehubungan dengan itu, pihak kami membuat keputusan untuk meneruskan lagi program ini untuk musim yang ketiga dengan kandungan yang lebih menarik dan segar yang pastinya menghiburkan. Kami jug yakin musim baru ini bukan sahaja dapat mengubat kerinduan para penonton setia yang telah mengikuti perkembangan program ini sejak musim yang pertama, malah ia mampu memikat hati penonton baru yang tidak pernah menyaksikan program Fesyenista Baby Kiko & Kiko sebelum ini.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran pihak Baby Kiko dan Kiko yang sekali lagi hadir selaku pihak penaja rasmi untuk program ini. Persetujuan mereka dalam menghulurkan sokongan padu demi menjayakan program ini amat kami hargai,” jelas Raqim.

Konsep hiburan realiti seumpama ini adalah yang pertama dipersembahkan oleh pihak Astro dengan kerjasama penaja Baby Kiko & Kiko, jenama premium dan peneraju unggul dalam fesyen bayi dan kanak kanak.

“Kami di Baby Kiko ingin terus menguatkan kedudukan kami di industri ini sebagai jenama terkemuka lagi premium bagi kategori fesyen bayi dengan memperkukuhkan visi “Amazing Babies, Amazing Kids’ kami. Setiap rekaan dan hasil keluaran Baby Kiko dan Kiko yang akan dipersembahkan melalui rancangan ini adalah berteraskan kreativiti yang tinggi dan terkini berdasarkan tema-tema menarik.

 

Fesyenista Manja Baby Kiko Musim pertama dan kedua adalah kempen yang sangat berjaya, oleh itu kami mendapat banyak maklumbalas dan permintaan untuk turut memperkenalkan jenama kanak kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun kami iaitu Kiko. Setelah berada dalam industri ini selama lebih 30 tahun, Kiko percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang unik dan mereka haruslah diberi peluang untuk memilih gaya pakaian yang mereka mahukan. Musim ini anda dapat menyaksikan kanak-kanak diberi kebebasan untuk mengayakan baju Kiko mengikut tema mingguan.

 

Setelah sekian lama mempelopori industri ini, kami arif dengan keterujaan ibu bapa dalam mempergayakan fesyen pakaian anak- anak mereka, oleh itu kami mengharapkan kerjasama antara Baby Kiko dan Kiko, dengan Astro Ria melalui Fesyenista Manja Baby Kiko & Kiko dapat memberikan inspirasi kepada penonton ibu bapa dalam menggayakan fesyen anak- anak mereka!” kata Puan Yap, Pengurus Besar Operasi, Baby Kiko Sdn Bhd and Kiko Garments Sdn Bhd.

Bagi pasangan yang berminat, anda boleh dapatkan borang penyertaan di kaunter Baby Kiko & Kiko  atau muat turun dari Facebook Baby Kiko & Kiko. Anda juga diminta untuk melampirkan borang penyertaan,foto terkini ibubapa dan bayi serta kanak kanak bersaiz 4R dan juga foto terkini bayi menggayakan koleksi Baby Kiko dan kanak kanak mengayakan pakaian dari Kiko.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2013. Jangan lepaskan peluang yang menarik ini. Fesyenista Manja Baby Kiko & Kiko Musim Ketiga akan menemui anda secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) kelak.

 

2 comments on “(SEMASA) MUSIM KETIGA FESYENISTA BABY KIKO & KIKO KINI KEMBALI

  1. kamisah mohd says:

    Saya suka dgn design baju2 dr jenama baby kiko kerana designnya amat bergaya dan sesuai untuk bayi dan kanak..saya mempunyai 4 org ank lelaki dan saya suka memilih jenama kiko kerana ia dpt memenuhi citarasa saya juga bersesuaian dgn ank2 saya..

  2. kamisah mohd says:

    Saya berbesar hati jika ank saya yg berusia 3 tahun dpt dipilih menyertai fesyenista manja baby kiko..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *