(SEMASA) MYDIN dan AmMetLife Takaful berkerjasama menyediakan perlindungan Takaful Unik untuk ahli kad iMeriah MYDIN

13 Disember 2017, Kuala Lumpur Mydin Mohamed Holdings Bhd bekerjasama dengan AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful) melancarkan perlindungan Takaful iMeriah eksklusif untuk ahli Kad Meriah MYDIN yang layak di seluruh negara. Program Kesetiaan dan Ganjaran MYDIN memperkenalkan iMeriah sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong Mydin Mohamed Holdings Bhd selama ini. MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkenalkan idea seperti ini, dimana ia menyediakan perlindungan bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh negara. iMeriah adalah pelan Takaful patuh syariah yang unik dan inovatif, diuruskan oleh AmMetLife Takaful yang menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan yang menggantikan manfaat wang tunai.

Bagaimana iMeriah berfungsi?

  1. Ahli Kad Meriah MYDIN yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 49 tahun serta be rstatus warganegara/penduduk tetap Malaysia layak untuk menyertai iMeriah.
  2. Ahli Kad Meriah yang layak dan berbelanja sekurang-kurangnya RM600 di pasaraya terpilih MYDIN dalam masa sebulan kalendar dengan menggunakan kad Meriah akan mendapat perlindungan iMeriah serta merta pada bulan kalendar berikutnya.
  3. Perlindungan takaful ini adalah PERCUMA untuk ahli Kad Meriah tersebut kerana kos perlindungan iMeriah ini ditanggung oleh MYDIN yang mana tiada kos dikenakan ke atas pelanggan.
  4. Tempoh perlindungan iMeriah adalah selama sebulan, dan perlindungan ini akan diperbaharui sctiap kali kriteria perbelanjaan bulanan minimum RM 600 dipenuhi oleh ahli Kad Meriah yang layak.
  5.  Apabila berlaku kematian terhadap ahli kad Meriah yang dilindungi; penama akan dibenarkan untuk berbelanja RM300 setiap bulan di pasaraya MYDIN terpilih untuk barangan keperluan harian selama 12 bulan.
  6. Manfaat Takaful unik yang disediakan oleh iMeriah juga mengambil kira bahawa jika jumlah manfat tidak digunakan sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan, baki manfaat tersebut akan diberikan kepada penama dalam bentuk baucar MYDIN. Ahli Kad MYDIN Meriah sedia ada boleh mengemukakan butiran penama mercka untuk perlindungan Takaful iMeriah di kaunter Perkhidmatan Pelanggan MYDIN seluruh negara. Bagi pelanggan-pelanggan baru yang ingin mendaftar Kad Meriah MYDIN; penamaan boleh dibuat semasa pendaftaran keahlian baru

Pelancaran iMeriah telah dirasmikan oleh En. Noor Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, AmMetLife Takaful Berhad dan Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Pelancaran rasmi untuk iMeriah ini juga disaksikan oleh En. Syed Anuar Syed Ali, Ketua Komunikasi Koperat dan Pemasaran Kumpulan Ambank dan Dato Murad Ali Mydin, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd. Turut hadir di majlis itu adalah lembaga pengarah MYDIN, pengurusan atasan AmBank dan AmMetLife Takaful. Perasmian ini telah diadakan di MYDIN USJ. Subang Jaya.

iMeriah boleh didapati di 59 pasaraya MYDIN seluruh negara termasuk gedung, pasaraya, bazaar, emporium dan MYDIN Mart bermula dari 13 Disember 2017. Sila kunjungi kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Pasaraya MYDIN terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iMeriah. Maklumat mengenai iMeriah juga boleh didapati di laman Facebook MYDIN dan  AmMetLife Takaful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *