(SEMASA) MYDIN USJ – SJ ECHO RAI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA KOMUNITI

Subang Jaya, 24 Februari 2017 – Untuk tahun yang ke-5, MYDIN USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO, iaitu akhbar tempatan komuniti Subang Jaya untuk menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017. Seawal pukul 6.00 petang, masyarakat multietnik yang terdiri daripada penduduk setempat dan para pelanggan MYDIN USJ berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia meraikan perayaan ini sehingga pukul 11.30 malam.
Majlis komuniti yang berasaskan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmonis.

‘Xinnian Kuaile, Gong Xi Fa Cai. Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan acara tahunan di MYDIN USJ dan dianggap sebagai satu tradisi. Saya sangat memandang tinggi dan menghargai usaha sebegini kerana secara tidak langsung mampu menzahirkan perasaan saling menghormati dalam kalangan masyarakat terutama sekali di kawasan USJ dan kawasan sekitarnya. Pastinya Sambutan Tahun Baru Cina kali ini mampu membawa 1001 kemeriahan dan keriangan dalam kalangan ribuan tetamu yang hadir, Komuniti Bersatu, Bandar Sejahtera’
Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ini diserikan lagi dengan dengan wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain. Seramai 20 orang penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor juga dijemput khas untuk bersama-sama meraikan sambutan ini dan mereka juga diberikan angpau dan goodie bags.

Seperti biasa, acara menggaul Yee Sang dijadikan sebagai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Tetamu jemputan, warga emas yang diraikan, para pembekal dan PBT bersama-sama memeriahkan acara ini di pentas utama. Para pengunjung disajikan dengan Ayam Barbeku Madu, Ayam Barbeku Lada Hitam, kek, pastri, bihun goreng, char kuetiau, nasi ayam, laksa, nasi lemak, bubur jagung, bubur kacang dan banyak lagi di 21 buah gerai secara PERCUMA! Penampilan badut dan persembahan seperti tarian naga, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan cina, wusyu, stilt walker dan fire eater turut memeriahkan lagi Sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Turut menjayakan malam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ialah aktiviti cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam satu resit di Pasar Raya Besar Mydin USJ. Manakala bagi pelanggan yang bukan ahli Meriah, mereka juga boleh menyertai aktiviti cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam satu resit di kedai rakan niaga terpilih MYDIN USJ, Subang Jaya. Resit pembelian boleh dihantar ke Kaunter Informasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari, bermula dari 17 Februari dan ditutup pukul 7.00 malam pada 24 Februari 2017. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *