(SEMASA) Nando’s Membuka Selera Anda dengan Perisa Baharu Mangga & Limau Nipis PERi-PERi!

Nando’s telah lama memenuhi citarasa warga Malaysia sejak tahun 1998 dan dikenali sebagai restoran terunggul untuk hidangan berempah lagi berperisa melalui ayam bakar PERi-PERi yang terkenal di seluruh dunia. Buat pertama kalinya dalam sejarah 19 tahun Nando’s di Malaysia, ia meraikan Tahun Baru secara penuh bersemangat dengan memperkenalkan perisa PERi-PERi baharu untuk hidangan Nando’s anda!

Perisa baharu Mangga & Limau Nipis masih mengekalkan warisan Afro-Portuguese dan menambahkan dimensi baharu dalam rangkaian perisa PERi-PERi. Diimport dari Afrika Selatan, perisa PERi-PERi kini ditawarkan dalam 4 pilihan pedas, iaitu Lemon & Herba, Sederhana, Pedas dan Ekstra Pedas. Kini, para penggemar yang baru sahaja memulakan pengembaraan berempah juga boleh menikmati perisa Mangga & Limau Nipis apabila ia memasuki PERi-ometer Nando’s. Adunan rasa Mangga & Limau Nipis sudah pastinya akan menepati citarasa warga Malaysia yang menggemari masakan manis dan pedas.

“Ayam bakar PERi-PERi kami telah lama diminati oleh para penggemar di Malaysia dan di luar negara. Dengan perisa baharu ini, kami berharap agar dapat meraikan penggemar baharu dan mengujakan penggemar Nando’s dengan perisa manis, masam dan berseri tetapi dengan sentuhan unik PERi-PERi Nando’s. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman Nando’s sambil mengekalkan identiti kami dan kombinasi menarik Mangga & Limau Nipis benar-benar menepati sasaran ini,” kata Stephen Chew, CEO Nando’s Malaysia.

Nando’s menggabungkan Mangga & Limau Nipis dengan satu minuman pereka baharu, Tropical Fruitea, bagi melengkapkan pengalaman yang sungguh menyelerakan ini. Satu padanan tropika yang melegakan dahaga dengan Mangga & Limau Nipis diserikan dengan jus oren dan teh limau menjadi gabungan terunggul untuk hidangan berperisa PERi-PERi Mangga & Limau.

Sejak ia diperkenalkan, Mangga & Limau telah menjadi popular di pelbagai negara di serata dunia termasuk United Kingdom dan Australia dan kini adalah perisa utama di semua cawangan Nando’s Malaysia dalam menu tetapnya. Sama ada ia ayam bakar PERi-PERi, hidangan sampingan atau pembuka selera, inilah masanya untuk memberikan deria rasa anda suatu pengalaman yang menceriakan dengan perisa Mangga & Limau Nipis!

Untuk maklumat lanjut mengenai perisa baharu ini, sila log masuk ke www.nandos.com.my atau layari laman Facebook Nando’s Malaysia di www.facebook.com/nandosmy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *