(SEMASA) NANDO’S SERLAHKAN KEMAMPUAN ARTISTIK MUDA-MUDI DENGAN YOUTHREKA

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2019 – 12 artis muda tempatan menonjolkan kreativiti masing-masing di Pameran Seni YOUthReka yang disokong oleh Nando’s Malaysia di Galeri Prima, Bangsar.

Dengan tema “Expand your PERi-meters, pameran tersebut menampilkan hasil karya 12 alumni YOUthReka yang masing-masing telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Seni tahunan YOUthReka dalam tiga tahun yang lalu.

Pemenang kategori Seni Halus tahun 2018, Choo Ai Xin dan pemenang kategori Seni Digital tahun 2016, Yau Boon Han, telah diberi peluang untuk membuat Pameran Solo, manakala 10 lagi alumni YOUthReka iaitu –  Cheong See Min, Ernest Ching Chen En, Haz Yusup, Katrina Yong Yeat Fhan, Liew Mei Toong, Muhammad Ibrahim Khairulsani, Naim Harith Saiful Bahrin, Ong Cai Bin, Rociel Hsieh Hua dan Syed Muhammad Iftah – berpeluang mempersembahkan hasil karya kreatif mereka menerusi pameran berkumpulan.

Lebih 50 hasil karya seni telah dihasilkan oleh artis-artis tersebut khas untuk pameran ini. Selari dengan tema pameran, mereka diberikan kebebasan untuk menghasilkan seni karya tersendiri tanpa kekangan dari segi kategori atau medium, untuk membolehkan mereka mencipta hasil karya terbaik. Pelbagai ciptaan kreatif mereka telah dipamerkan, baik lukisan dan seni cetak digital, mahupun seni yang lebih tradisional dengan menggunakan akrilik, minyak, cat air dan pensel warna. Di samping itu, pameran mereka turut menampilkan tenunan dan sulaman, serta seni arca tanah liat, akrilik dan plaster.

“Nando’s telah memberikan komitmen mendalam untuk menyokong komuniti seni di tanah air bagi menggalakkan ekspresi artistik selama lebih 11 tahun. Menerusi YOUthReka, kami telah menyediakan satu platform supaya artis muda berpeluang menonjolkan kreativiti dan bakat mereka kepada lebih ramai peminat. Justeru, pameran YOUthReka tahun ini bertujuan melanjutkan matlamat murni tersebut. Kami berharap pameran hasil karya alumni kami dapat menggalakkan pendedahan seni di kalangan kommuniti artistic serta rakyat Malaysia di seluruh negara,” kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia dan Singapura, yang telah memperkenalkan YOUthReka sebagai sebahagian Inisiatif Seni Nando’s.

Pameran Solo Choo Ai Xin memaparkan siri seni instalasi fabrik yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati tekstur seni berkenaan, manakala Pameran Solo Yau Boon Han pula menampilkan cetak sinematik berasaskan latar bandar di luar realiti.

Pameran YOUthReka 2019 dianjurkan oleh Nando’s menerusi kerjasama dengan galeri seni kontemporari tempatan, Artemis Art. Ia terbuka kepada khalayak ramai secara percuma dari 5 hingga 9 Oktober 2019, 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Semua hasil karya seni yang dipaparkan di pameran tersebut juga adalah untuk jualan.

YOUthReka yang dianjurkan setiap tahun bertujuan memupuk dan mencungkil bakat seni artis-artis muda di Malaysia. Acara tersebut telah memegang peranan sebagai platform untuk mendokong ekspresi dan kemajuan kreatif dalam 11 tahun yang lalu. Ia menghimpunkan artis-artis muda di Malaysia dan menawarkan mereka satu platform yang mengujakan bagi menonjolkan bakat seni dan hasil karya mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *