(SEMASA) NESCAFÉ Blend & Brew menyajikan siri komedi romantik Ben & Bella dengan kerjasama Media Prima

NESCAFÉ, jenama kopi pilihan Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Media Prima Berhad buat julung kalinya untuk mempersembahkan sebuah rancangan televisyen yang ‘dibintangi’ beberapa produknya. Menyedari bahawa budaya kopi memperkayakan kehidupan pengguna di Malaysia – selain memahami motivasi, aspirasi dan cabaran mereka secara mendalam – NESCAFÉ menunjukkan bagaimana jenama itu dapat menyuntik #bangkitkansemangatpagi, atau semangat ‘bersiap sedia’ untuk mencapai perubahan positif, ke dalam diri pengguna menerusi program ini.

NESCAFÉ Blend & Brew menggabungkan unsur kemesraan, jenaka, drama, dan cinta dalam siri mini Ben & Bella baharu ini. Ben & Bella berkisar kehidupan dua pereka dalaman muda yang bercita-cita tinggi dari dua firma berlainan yang berkongsi ruang kerja kreatif. Berhadapan dengan perbezaan dan sejarah silam masing-masing, mereka berdua terpaksa menempuh cabaran demi kerjaya dan cinta.

Siri ini terdiri daripada lima episod yang berdurasi 10 minit dan menampilkan bintang-bintang popular seperti Alvin Chong dan Hannah Delisha yang menghidupkan watak Ben dan Bella. Mereka disertai barisan pelakon tersohor, termasuklah Datin Umie Aida yang memainkan watak mentor Bella, Puan Zulina, Yusuf Bahrin sebagai Johan, rakan sekerja Bella yang terlampau melindunginya, serta Bella Dally sebagai klien Bella yang turut sama merebut hati Ben.

NESCAFÉ Blend & Brew, kopi segera campuran NESCAFÉ membawakan kisah Ben & Bella sebagai halwa mata para peminat jenama itu serta program televiyen tempatan. Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Begitulah semangat kami untuk menginspirasikan transformasi positif. Melalui kisah Ben & Bella, kami ingin memaparkan detik-detik perubahan positif di mana watak-watak bersiap sedia untuk merebut peluang dan mencapai yang terbaik untuk diri sendiri serta insan yang tersayang. Ketika detikdetik ‘bersiap sedia’ inilah NESCAFÉ Blend & Brew menyerlahkan yang terbaik dalam diri mereka.”

“Kami sedar kuasa penceritaan dalam mencetuskan perubahan yang bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama individu malahan menghubungkan individu secara emosi. Menerusi kerjasama dengan rakan-rakan kami di Media Prima, kami berjaya menghasilkan karya yang menyentuh hati golongan muda – serta mereka yang berjiwa muda,” tambahnya.

Bagi Nini Yusof, Pengarah Jualan dan Strategi, Media Prima Television Networks, kerjasama dengan NESCAFÉ Blend & Brew membolehkan penyampaian cerita secara kreatif dan kohesif merentasi pelbagai media dalam rangkaian tersebut. “Integrasi produk bukanlah perkara baharu dalam dunia kandungan berjenama, namun kebolehan pasukan kreatif kami berjaya mengadun jenama NESCAFÉ ke dalam cerita Ben & Bella secara semula jadi, menjadikannya sebahagian daripada plot serta relevan kepada para penonton. Kami berbangga dengan proses kreatif kami ini yang telah menghasilkan pengalaman jenama khusus untuk rakan-rakan kerjasama kami di NESCAFÉ mengembangkan perniagaan NESCAFÉ Blend & Brew mereka bersama kami.”

NESCAFÉ Blend & Brew terdapat dalam lima variasi – Original, White Coffee, Rich, Mild serta Zero – dan didatangkan dalam format pek sedia diminum untuk nikmat rasa secawan kopi segar pada bila-bila masa di mana jua. Ben yang menggemari rasa secawan kopi yang seimbang menjadikan NESCAFÉ Blend & Brew Original pilihannya. Dihasilkan daripada kacang kopi yang dipilih secara teliti, ia memberikan rasa dan aroma ikonik NESCAFÉ yang seimbang bagi permulaan sempurna menghadapi pagi yang sibuk. Bella pula peminat NESCAFÉ Blend & Brew White Coffee yang lebih berkrim dan kurang manis. Dengan tekstur yang berkrim seperti kopi putih namun dan 31 peratus kurang gula, pilihan ini meningkatkan keyakinan Bella dalam menakluki harinya.

Ben & Bella bakal disiarkan di TV3 dan saluran Youtube TV3 secara serentak pada setiap hari Isnin jam 9:50 malam selama lima minggu bermula 23 Mac sehingga 20 April 2020. Adakah Bella akan berjaya dalam rancangan perniagaannya setelah berubah sikap? Adakah cinta akan berputik antara Ben dan Bella? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan Ben & Bella serta kongsikan bagaimana anda #bangkitkansemangatpagi dengan secawan NESCAFÉ Blend & Brew kegemaran anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *