(SEMASA) New Balance Membawakan anda era “moden klasik”

Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya. Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di tepi – sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – rilisan terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium.

Kasut ini juga mempunyai midsole ABZORB klasik untuk menawarkan sokongan dan kestabilan, didorong oleh system posing Rollbar yang mengurangkan pergerakan kaki belakang. Dengan gabungan mesh, kulit, penyaduran dan butiran reflektif dalam pelbagai warna berserta outsole getah penuh, 850 adalah definisi estetik ’90-an dengan keperibadiannya yang unik. Tersedia dalam warna baru di semua kedai New Balance Experience.
850 – RRP RM439

Melangkah lebih jauh lagi ke dalam sejarah New Balance dengan Heritage Pack, menampilkan sneaker COMP100 dan barisan pakaian yang elektrik. Kebangkitan semula COMP100 ini kekal sejati dengan ciri-ciri ’70-an – siluet yang licin dan berprofil rendah, dibentuk oleh bahagian atas kulit yang disokong oleh unit outsole Vibram® MegaGrip untuk daya genggaman yang kuat. Menjanjikan keselesaan tapak kaki yang unggul dengan gaya “old school”, anda pasti akan menyukai sneaker ini! Ditambah dengan kepelbagaian pakaian, dari jaket poliester berwarna-warni ke tshirt grafik dan seluar yang penuh gaya. Dengan pelbagai pilihan untuk anda, mari kembali ke zaman ’70-an New Balance dengan Heritage Pack. COMP100 dan heritage apparel tersedia di semua kedai New Balance Experience.
Heritage Pack – RRP RM89-469.

Khas untuk “Black History Month” yang memperingati perjuangan untuk kebebasan di Amerika, Inspire The Dream Pack dari New Balance didedikasikan untuk memberi inspirasi menyatukan generasi hari ini. Menampilkan 850, 997, OMN1S dan 574 (mengikut arah jam dari sebelah kiri bawah), siri ini meraikan pencapaian atlet seperti pemain bola keranjang Kawhi Leonard, merangkumi gaya pemikiran dan keberanian untuk mengubah peraturan gaya hidup dengan dengan cara tersendiri. Dalam warna-warna yang menarik seperti biru laut, kelabu, merah dan emas, Inspire the Dream Pack mempunyai keperincian yang tajam seperti midsole speckling pada 850 dan 574, dan band midfoot khas yang tertulis “Inspire” pada OMN1S. Inspire The Dream boleh didapati di New Balance Pavilion KL, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Midvalley Southkey.
Inspire The Dream Pack – RRP RM439-799

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *