(SEMASA) NIVEA In-Shower Conditioner yang memberikan kulit yang lembap berkilau lebih daripada dalam 24 jam

Hydrating 250ml-horz

Ketika kulit anda terasa tegang atau gatal, ia adalah petanda untuk anda agar melembapkan kulit. Namun walaupun selepas anda menyapu losyen badan, kulit anda masih kering dan sukar bagi anda memperuntukkan masa untuk mengaplikasikan losyen berulang kali. Lagipun, losyen tersebut bagaikan tidak meresap sepenuhnya ke dalam kulit anda dan turut meninggalkan sisa melekit pada lapisan terluar kulit selepas ia disapu pada tubuh. Kesannya anda menjadi terbiasa dengan pengabaian tanda-tanda kulit kering dan mengenepikan kepentingan pelembapan. Sekiranya situasi tersebut menggambarkan rutin kecantikan anda, jadi anda juga tergolong dalam 70% wanita Malaysia yang mengakui tidak mengaplikasikan losyen badan secara harian.

Sebagai jenama penjagaan kulit global yang sentiasa berkembang dalam memacu inovasi, NIVEA kini menjadikan rutin penjagaan badan lebih mudah untuk semua orang. Diiringi minat mendalam bagi memahami keperluan pengguna, NIVEA telah menemui formula unik yang diaktifkan air yang sangat berkesan pada kulit basah. Waktu terbaik untuk pelembapan adalah ketika kulit basah kerana segala khasiat meresap dengan mudah menerusi pori-pori terbuka bagi melembap sepenuhnya dan memulihkan kulit kering. Inovasi baharu ini boleh ditemui dalam NIVEA In-Shower Skin Conditioner, losyen badan bilas pertama yang membantu wanita memaksimumkan kelembapan pada waktu terbaik – waktu mandi!

Formula unik ini diaktifkan air direka untuk diguna dan dibilas selepas penggunaan gel mandian, meninggalkan kulit dalam keadaan lembap, lembut dan licin. Ia telah diuji dan terbukti bahawa NIVEA In-Shower Skin  Conditioner secara signifikan meningkatkan kadar kelembapan kulit untuk tempoh lebih 24 jam hanya selepas satu aplikasi. **

Sejak pelancarannya di Malaysia, NIVEA In-Shower Skin Conditioner telah menerima respons menggalakkan daripada para pengguna. Bagi meraikan kejayaannya, NIVEA mengajak rakan-rakan media bagi memanjakan diri dan merasakan sendiri pengalaman losyen badan revolusioner ini. Dr. Abby, pakar dermatologi yang dijemput NIVEA turut berbicara tentang bagaimana kulit basah mampu menyerap khasiat lebih baik berbanding kulit kering.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa kini mereka mampu memaksimumkan kelembapan ketika waktu mandi, NIVEA melancarkan kempen “I LOVE NIVEA In-Shower Body Lotion” dan mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada revolusi ini. Para peminat NIVEA In-Shower Skin Conditioner dialu-alukan untuk mengunjungi laman Facebook NIVEA www.facebook.com/NIVEA bagiberkongsi keterujaan mereka terhadap inovasi pertama ini.

 

 

Rangkaian NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh didapati dalam 3 variasi dalam 2 saiz:

 

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit kering. Ramuan formulanya diperkayakan dengan Minyak Badam untuk melembapkan kulit supaya terasa lebih lembut and halus secara nyata.

 

NIVEA In-Shower Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit normal. Ramuan formulanya diperkayakan dengan Mineral Laut untuk menjadikan kulit lebih lembut lagi terhidrat.

 

  • 250ml             –          RSP RM16.90
  • 400ml             –          RSP RM22.90

 

NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner dirumus khas untuk kulit kusam. Ia diperkaya dengan 50x Vitamin C daripada Camu-Camu yang dikenali dengan antioksidan semula jadi dan agen pencerah kulit.

 

  • 250ml             –          RSP RM18.90
  • 400ml             –          RSP RM24.90

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *