(SEMASA) NTV7 – 15 tahun yang penuh pencapaian dan terus progresif

ntv1

Ketibaan tahun 2013 pastinya istimewa buat ntv7. Malah saat tahun 2013 menjengah, ntv7 sudah bersedia dengan pelbagai strategi dalam mengukuhkan dan menceriakan lagi stesen itu yang sinonim dengan slogan Saluran Ceria Anda. Tahun ini juga menyaksikan ntv7 mula mengorak langkah lebih progresif seiring dengan sasaran penontonnya yang inginkan pengisian kandungan televisyen yang lebih urban serta meraikan ulang tahunnya yang ke-15.

Rancangan yang mempunyai bajet besar seperti Who Wants to Be a Millionnaire?, Deal or No Deal serta Iron Lady merupakan di antara rancangan yang membuktikan ntv7 berani menyahut cabaran dalam memenuhi kehendak para penontonnya. Turut membanggakan apabila ntv7 juga telah tersenarai di dalam Malaysia Book of Records tahun ini apabila berjaya menganjurkan Himpunan Ibu-ibu Hamil Terbesar Malaysia menerusi acara Bella Bundle of Joy yang diwujudkan sempena kempen Will & Kate and the Royal Baby.

 ntv72

Sempena meraikan ulang tahun ke-15 ntv7 tahun ini, sebuah klip video muzik khas yang membariskan para personaliti ntv7 seperti Naz Rahman, Sasha Bashir, Lisa Wong, Charles Mohan, Chan Wei Wei, Jasmine Abu Bakar, Adrian Tan, Aenie Wong dan ramai lagi akan dihasilkan dan disiarkan Julai nanti. Arah tuju konsep video ini bakal lebih istimewa apabila ntv7 memilih idea untuk mempamerkan mesej bahawa kualiti terhadap pemilihan semua rancangannya merupakan antara faktor terpenting saluran itu.

 ntv73

Walaupun semakin banyak ruang dan platform diwujudkan kini, namun faktor kesesuaian kandungan siaran terhadap citarasa tempatan merupakan salah satu ciri yang dilihat memberikan kesan terhadap perkembangan jumlah penonton terhadap saluran itu.

“Kami ingin berkembang seiring kemajuan teknologi dan kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikannya. Salah satunya dengan menyediakan kandungan yang eksklusif yang hanya boleh dilihat menerusi Tonton. Kami percaya para penonton kami juga semakin bijak dalam menggunakan aplikasi terkini di mana kami juga harus pantas dengan perubahan semasa dengan memberikan mereka peluang untuk menonton di platform alternative pada bila-bila masa sahaja. Yang paling utama kami percaya bahawa kandungan yang menarik bakal menarik mereka untuk kekal bersama kami. Untuk itu kami cuba memberikan kandungan yang mempunyai jalan penceritaan yang baik, relevan terhadap kehendak penonton dan mampu menyentuh perasaan mereka agar mereka dapat menghubungkan diri mereka dengan setiap kandungan televisyen kami,” ujar Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

 ntv74

 “Kami tahu siapa penonton kami dan apa yang mereka inginkan. Drama tempatan Cina, Iron Lady yang pernah disiarkan pada tahun 2009 contohnya telah mampu berjaya menarik seramai 890,000 penonton. Malah beberapa rancangan berbentuk realiti seperti Mandarin Battle Star (rancangan kuiz permainan berbahasa Mandarin) dan drama realiti The Game yang dirakam tanpa skrip telah meletakkan stesen itu ke tahap yang berbeza dengan para pesaingnya menerusi idea kreatif dan inovatif. Maklum balas positif daripada penonton serta kritikan membina pastinya bakal menggalakkan lagi stesen kami untuk terus menghasilkan rancangan yang lebih berkualiti dan membawa rancangan menarik yang sedia ada ke musim seterusnya,” tambah Airin.

Rancangan temubual wanitanya yang popular, Bella merupakan salah satu projek yang amat berhasil dan berjaya menjadi jenama kepada saluran ini. Rancangan itu bukan sahaja memenuhi kehendak penonton wanita dengan mengupas topik yang berkaitan dengan pendekatan mendidik malah mula membuka mata penonton lelaki untuk memahami kaum hawa. Lebih menarik rancangan itu juga memperkenalkan segmen Bella Mars di mana golongan Adam diberikan peluang untuk memberikan pandangan mereka. Populariti rancangan ini memuncak dengan penganjuran Bella Awards 2013 yang memberi pengiktirafan kepada para wanita. Rancagan anugerah televisyen itu juga merupakan julung kalinya diwujudkan di Malaysia bagi menghargai kaum wanita.

 ntv75

Bagi menyempurnakan lagi sambutan ulang tahun ntv7, acara larian amal Feel Good Run 2013 diteruskan buat kali ke-3 yang bakal diadakan pada 7 Julai nanti di Sri Pentas serta memperkenalkan kategori 15 km untuk menandakan 15 tahun usia saluran itu. Larian ini juga merupakan acara larian terbesar di Bandar Utama serta melibatkan selebriti Malaysia sebagai pesertanya. Turut tidak ketinggalan adalah peranan di dalam tanggungjawab sosialnya kerana larian itu bakal menyumbangkan semua hasil kutipan kepada penerima sumbangan tahun ini iaitu Hospis Malaysia, Malaysian Rare Disorders Society, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dan SPCA Selangor.

 ntv76

Pendaftaran Feel Good Run yang ditutup dalam hanya 7.5 hari juga membuktikan bahawa sokongan penonton serta orang ramai terhadap ntv7 selaku pemain penting (key player) di dalam industri hiburan.

 “Dari hati saya yang terdalam, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penonton setia kami serta para penyokong yang terus menonton Saluran Ceria Anda, ntv7 serta mengizinkan kami untuk terus berkembang dan memperbaiki kelemahan menerusi maklum balas mereka. Kami pastinya tidak mampu mencapai apa yang kami miliki kini sepanjang 15 tahun kewujudan kami sekiranya bukan kerana para penonton. Kami berharap kami akan mampu terus menyediakan pelbagai kandungan terbaik buat mereka semua,” tambah Airin lagi.

Nantikan variasi rancangan dan acara yang bakal dibawakan ntv7 sempena meraikan ulang tahun ke-15-nya tahun ini.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *