(SEMASA) PASANGAN SELEBRITI AKIM DAN STACY MENEMPA “BREK” BAHARU DENGAN KITKAT

Spread the love


1

PETALING JAYA, 27 MEI – Nestlé (Malaysia) Berhad hari ini mengumumkan dua orang duta baharu, juga dikenali sebagai ‘breakers’  bagi Nestlé KitKat Malaysia iaitu pasangan penyanyi dan selebriti terkenal, Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Ummu Shaikhah Stacy Anam (Stacy). Di samping itu, syarikat berkenaan turut melancarkan sebuah iklan TV baharu yang cukup menarik bagi jenama tersebut.
7

Pengumuman itu dilakukan dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat Nestlé, Menara Surian, yang turut dihadiri oleh Akim dan Stacy. Kedua-dua penyanyi yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari lalu itu merupakan bekas pelajar rancangan realiti popular, Akademi Fantasia (di mana Stacy telah muncul sebagai juara musim keenam program tersebut) dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial media masing-masing. Akim turut terlibat sebagai mentor dalam Mentor Milenia, sebuah rancangan realiti nyanyian baharu tahun ini.

“Kami dengan sukacita mengalu-alukan Akim dan Stacy ke keluarga KitKat,” kata Sachin Goel, Pengarah Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksioneri, Nestlé Malaysia. Kedua-duanya masih muda dan berbakat tinggi serta memiliki personaliti penuh bertenaga. Dalam kesibukan kerjaya mereka sebagai penghibur, Akim dan Stacy tahu bilakah masanya untuk berhenti untuk berehat dan memulihkan tenaga. Mereka benar-benar melambangkan gaya hidup KitKat.”

KitKat percaya bahawa kerjasama mereka dengan pasangan selebriti yang moden dan ceria ini akan membawa senyuman ke wajah dan muzik ke pendengaran para peminat mereka. Mereka juga tidak sabar mendengar lagu tema KitKat yang bakal dinyanyikan oleh pasangan tersebut.

Pendedahan di laman facebook KitKat Malaysia dua minggu lepas yang mengumumkan Akim dan Stacy sebagai “breakers” baharu KitKat telah menerima hampir 200,000 “like” dan maklum balas.
5

Berhubung pelancaran iklan TV baharunya, KitKat mengumumkan bahawa iklan tersebut akan disiarkan di semua saluran TV. Para peminat juga akan dapat mengikuti  iklan istimewa di radio yang menampilkan Akim dan Stacy dan beberapa kempen menarik yang bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan ini. Laman sesawang rasmi, www.kitkat.com.my,  akan turut memuatkan pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan bersama kedua-dua duta tersebut.

Dengan penambahan pelbagai jenis snek wafer coklat lazat, KitKat amat mengalu-alukan peranan Akim dan Stacy untuk membiasakan para peminat mereka dengan bukan hanya bar KitKat 2 dan 4 jejari serta KitKat Bites, malah dengan pelbagai varian baharu seperti KitKat Green Tea dan KitKat CHUNKY Cookies and Cream yang semuanya menawarkan kenikmatan coklat halus yang sungguh enak sambil mengajak anda bersama-sama mempelbagaikan cara menikmati masa rehat anda.

Pelantikan Akim dan Stacy sebagai breakers baharu KitKat adalah sebahagian daripada kempen global jenama tersebut iaitu ‘Jalan-Jalan Breakers. Ikuti #mybreak dan #jalanjalanbreakers hashtag di Facebook dan Twitter untuk turut menyertai kemeriahannya.

KitKat juga merupakan jenama utama yang terlibat dalam inisiatif Pelan Koko Nestlé (Nestlé Cocoa Plan) yang dilancarkan pada bulan Februari 2016. Di bawah program Mencipta Nilai Bersama Nestlé (Creating Shared Value), Pelan Koko Nestlé bermatlamat untuk mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko dan kualiti koko yang dihasilkan. Cara Nestlé membantu membentuk masa depan yang lebih cerah bagi para penanam koko, keluarga mereka dan komuniti di Ivory Coast adalah melalui tiga tonggak utama yang menjadi pegangan dalam usaha ke arah perladangan lebih baik, koko lebih baik dan kehidupan yang lebih baik. Rancangan Koko Nestlé turut membantu dalam pendidikan kanak-kanak di Ivory Coast dan bermatlamat untuk membasmi penggunaan buruh kanak-kanak. Rancangan Koko Nestlé menggunakan sumber koko mampan sebagai bahan untuk menghasilkan produk-produk konfeksi Nestlé termasuk bar KitKat dan mencapai matlamat penggunaan  koko 100% mampan Nestlé.

Have a break, Have a KitKat dengan Akim dan Stacy.

Mengenai Nestlé KitKat
Dicipta pada tahun 1935, KitKat menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksioneri Nestlé pada tahun 1988 dan telah berkembang sebagai salah satu jenama billionaire Nestlé. Snek ringan yang sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat ini adalah jenama coklat No. 1 di Malaysia dan dieksport ke lebih 11 buah negara Asia. Nestlé KitKat adalah jenama konfeksioneri global pertama yang dihasil menggunakan sumber koko 100% mampan.

Slogan “Have a break, have a KitKat”, amat sesuai untuk menyatakan misi KitKat – membantu anda berehat bila anda memerlukannya. Nestlé KitKat sesuai untuk dinikmati dalam apa jua cara para penggemarnya berehat. Sama ada anda dilambakkan dengan kertas kerja atau bekerja seperti mesin, anda sentiasa boleh menikmati kelazatan KitKat yang kini diperbuat daripada koko 100% mampan, bila-bila masa, di mana jua dan dalam apa jua cara.

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, sila layari http://www.nestle.com.my.brands/confectionery_and_chocolate/kitkat dan Facebook.com/KitKatMalaysia

 

Beginilah caranya untuk menikmati masa rehat, cara KitKat:

  1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
  2. Patahkan satu jejari wafer pada satu-satu masa.
  3. Patahnya jejari wafer di bahagian tengah, dan nikmatinya!

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, Sila layari:

Laman jenama – http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat

Facebook – http://www.Facebook.com/KitKatMalaysia

Laman web rasmi – http://www.kitkat.com.my

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *