(SEMASA) Pelancaran Ibu Pejabat ESPN Global Malaysia

ESPN Global Malaysia syarikat yang mengintegrasikan blockchain dengan permainan dalam talian ( e-sport) telah melancarkan ibu pejabat Asia Tenggara mereka di Malaysia. Platform permainan dalam talian baru yang menyokong pembayaran crypto ini membolehkan pemain membuat deposit dan pengeluaran melalui Bitcoin dan beberapa kripto lain di seluruh dunia.

ESPN Global adalah platform e-Sports mudah alih yang berpusat di UK. Ia dikendalikan oleh ESPN Global CORPORATION LTD, yang beribu pejabat di Poland menawarkan beberapa permainan popular dalam satu aplikasi. Ia juga memberi peluang untuk merubah hidup dan menggandakan pendapatan dengan permainan secara atas talian dengan hanya menjadi Affiliate Refferal yang boleh menjana pendapatan Pasif sehingga 10,000 sehari

ESPN Global Malaysia juga melancarkan Penawaran Pertukaran Awal (IEO) Smart Gaming Token (SGT) sendiri yang akan dilakukan di dalam komuniti e-sukan yang mempunyai lebih 50 ribu ahli sehingga kini. Sebagai tambahan kepada rancangan pengembangan perusahaan, ESPN Global juga melancarkan inisiatif Game Developers Console yang akan memberi akses kepada pembangun permainan bebas dan studio permainan untuk melancarkan permainan mereka sendiri.

Perancangan Masa Depan

ESPN Global Malaysia bercadang untuk menjalankan pertandingan pencarian pasukan terbaik dalam permainan Mobile Legends, Call Of Duty Mobile serta  PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang akan menawarkan sejumlah hadiah wang kemenangan berjumlah RM1 juta. Misi pencarian pemain atau pasukan terbaik akan bermula di 52 negara yang bernaung di bawah program e-sukan ini dan bagi setiap pusingan wakil akan bersaing di peringkat awal, penyingkiran dan akhir yang berkemungkinan akan dilaksanakan di negara-negara yang berbeza.

Selain itu juga, ESPN Global Malaysia bercadang untuk menjalankan pertandingan liga Futsal tempatan yang akan menawarkan sejumlah wang tunai RM100 ribu sebagai hadiah kemenangan.

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang ESPN Global Malaysia menerusi : https://t.me/espnglobalmalaysia

Facebook rasmi : https://www.facebook.com/ESPNGlobalMalaysiaSw

#espnglobal

#espnglobalmalaysia

#malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *