(SEMASA) Pelancaran ‘Lifestyle Beauty Bar’ yang Pertama di Malaysia oleh Kinohimitsu

Spread the love

DSC_1175

Kinohimitsu telah melancarkan ‘Beauty Bar’ di Parkson 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor. Bar yang dengan konsep gaya hidup ini memberi pelanggan pengalaman dan pengetahuan tentang keperluan kecantikan dan kesihatan mereka.

Ini adalah satu pendekatan dari Kinohimitsu yang pertama di Malaysia. Pembukaan Beauty Bar ini menyediakan perkhidmatan peribadi yang terbaik kepada pelaggan, ditambah dengan tawaran produk yang pelbagai. Ia juga mempunyai dekorasi yang menarik dan elegan.

Suasana yang selesa mampu meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. Ia adalah tempat di mana seseorang boleh duduk dan berbual dengan perunding jenama itu, sambil menikmati mocktail istimewa yang dibuat menggunakan minuman kecantikan seperti J’pan UV Bright, Beauty Drink, Collagen Men dan juga minuman kecantikan yang lain.

“Kita mahu pengguna berasa yakin untuk menjaga kesihatan mereka dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami, dan juga memperkenalkan mereka kepada perunding kecantikan yang boleh dipercayai untuk membantu mereka mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kino Biotech, Kawee Chong menyatakan: “Kami percaya dengan idea tentang kecantikan datang dari dalam. Produk kami adalah pelengkap penjagaan kulit, dan ia berfungsi dengan berkesan untuk membersih, memulihkan, memberi keseimbangan dan memelihara kulit. “

Kinohimitsu Beauty Bar juga boleh didapati di Parkson Pavilion Kuala Lumpur dan Parkson Imago Kota Kinabalu. Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah antara negara pertama yang menyaksikan pelancarannya, yang mana selepas ini konsep tersebut akan diperkenalkan ke seluruh Asia.

Semua produk Kinohimitsu diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan semula jadi, dan bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, pewarna atau hormon. Ia adalah 100% selamat dan dihasilkan di bawah standard kualiti yang paling ketat, dengan HACCP dan pensijilan halal.

Baru-baru ini produk yang diperkenalkan adalah BG Diamond dan Collagen Activ yang memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan . Sarang Burung Royal, dibuat dengan menggunakan sarang burung tulen yang mempunyai kepekatan tinggi, sesuai dijadikan hadiah yang sempurna untuk perayaan seperti Hari Ibu atau Hari Bapa.

Para pelanggan boleh menikmati promosi istimewa sempena pelancaran ‘Beauty Bar’ Kinohimitsu. Ini termasuk:

  1. Percuma mocktail Kinohimitsu di Beauty Bar Kinohimitsu

  1. Percuma Kinohimitsu Stemcell 50 ml X 6 botol dengan pembelian mana-mana produk sebanyak RM 500
  2. PWP Kinohimitsu Stemcell 50ml X 16 botol pada 50% diskaun dengan pembelian mana-mana produk sebanyak RM 200
  3. Percuma ‘Door Gift’
  4. Percuma analisis kulit, serta rundingan bersama pakar pemakanan

* Sementara stok masih ada dan pemberian kepada pelanggan yang terawal.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *