(SEMASA) PELANCARAN MMEC OPEN DAY – Beyond Nation – DUBAI TRADE MISSIONS

dav

Malaysia Millennium Entrepreneurs Consortium (MMEC) yang ditubuhkan pada Februari 2017 adalah hasil gabungan usahawan usahawan IKS, bagi mencipta peluang yang lebih besar serta mendidik usahawan tempatan terutamanya untuk berani menembusi pasaran global. Fasa pertama penubuhannya MMEC telah berjaya mengumpul lebih 500 usahawan IKS pelbagai kluster seperti usahawan pengeluar makanan atau F&B, kesihatan dan kecantikan, termasuk fesyen, serta pelbagai lagi produk pengguna yang layak kepasaran dunia.

dav

Disamping mengumpulkan usahawan dan produk, MMEC turut menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang dua bulan penubuhannya. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan MMEC untuk melahirkan usahawan yang lengkap dari segi keusahawanannya selain produktif dan berkualiti setaraf peringkat dunia.

Dua aktiviti telah diadakan pada Februari 2017, iaitu Seminar Pembiayaan Perniagaan dan Pengurusan Kewangan. Seminar ini telah dikendalikan oleh beberapa pakar dari institusi kewangan dengan kerjasama CGC sebagai melengkapkan ilmu pengurusan kewangan secara lebih teratur dan betul.

Aktiviti kedua adalah Showcase Tunisia Gateway to Africa-Europe yang dianjurkan bersama Tunisian Malaysian Business Chamber of Development bagi memilih produk usahawan ke pasaran Afrika dan Eropah. MMEC akan menganjurkan satu showcase khas di Tunis, Tunisia selepas perayaan Aidil Fitri tahun ini.

dig

Manakala Seminar Pengurusan Kewangan siri kedua, telah diadakan pada awal bulan Mac dan satu program khas pula akan diadakan pada 19hb Mac 2017.

Program yang dinamakan MMEC OPEN DAY – DUBAI TRADE MISSIONS adalah satu program bagi memperkenalkan rakan strategi MMEC serta pemilihan produk ke pasaran Timur Tengah melalui Kuwait. Beberapa syarikat dan agensi telah menunjukkan minat untuk bersama MMEC bagi membawa produk usahawan dibawah MMEC ke persada dunia selaras dengan kempen ‘Beyond Nation’ dari Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa melalui agensinya MATRADE.

Antara syarikat dan agensi yang terlibat adalah MyIPO, MyBazar-MyMarket, NEO TV, GNC serta lebih 300 usahawan dan syarikat pengeluar produk IKS.

Kali ini misi kepasaran Timur Tengah akan bermula di Kuwait, berikutan pembeli sedia ada iaitu Laanza Hyper – Kuwait, sebuah syarikat rangkaian pasaraya telah bersetuju untuk  membeli dan memasarkan produk produk dari usahawan dibawah MMEC. Untuk tujuan itu satu peruntukan permulaan sebanyak RM 100,000.00 telah disediakan untuk membantu usahawan dibawah MMEC.

dav

MMEC-GNC Marketing SB, sebuah syarikat pengurusan export yang professional telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk memasarkan produk usahawan MMEC ke persada dunia. MMEC mensasarkan RM500,000,00 produk usahawan MMEC dapat dipasarkan bagi suku kedua tahun ini di Laanza Hyper – Kuwait.

Bermula bulan April 2017, MMEC bercadang untuk mendaftar 1,000 usahawan dibawah payung MMEC menjelang Disember 2017 dengan dapat mengumpulkan lebih 10,000 produk IKS bertaraf dunia untuk di export. Dengan itu MMEC berharap agar mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha memperkenalkan produk IKS Malaysia di seluruh pelusuk dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *