(SEMASA) Pelancaran Mood Republik 2018

KUALA LUMPUR, 15 MEI 2018: Mood Republik sekali lagi bakal mengulangi kejayaan dengan mengadakan temasya terbesar iaitu KL RAYA FEST 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat 8 Jun 2018 seawal jam 10 pagi dan akan berlarutan tanpa henti pada 9, 10 Jun dan diakhiri pada 11 Jun, 10 pagi, dan ianya akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti. Temasya ini bakal menghimpunkan lebih daripada 1,000 jenama yang majoritinya diterajui oleh usahawan generasi muda bumiputera Malaysia .

Festival yang dianjurkan ini merupakan satu-satunya temasya yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu (1) bumbung.

Tradisi Mood Republik akan diteruskan lagi dengan kemeriahan hujan duit di mana pada tahun inl RM 100,000 wang tunai bakal menghujani Lobi PWTC pada upacara pembukaan dan bersedia untuk di rebut sebagai tanda terima kasih Mood Republik kepada pengunjung setia. Bukan itu saja, bahkan 100,000 pengunjung pertama bakal memperoleh 100,000 beg hadiah percuma sumbangan kesemua jenama yang terlibat.

MEMASUKI TAHUN KE-5 Penganjuran KL RAYA FEST, Mood Republik terus kekal relevan sebagai Festival Fesyen dan Kecantikkan yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksldusif di bawah satu (1) bumbung. Antara jenama besar yang turut serta pada kali ini adalah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D’herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarf, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokitta Hijab, Alflo Raldo, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi.

Turut memeriahkan lagi festival ini adalah artis dan selebriti yang mempunyai jenama sendin’ iaitu MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW by Nursajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick , MF Shawl by Mira Filzah , Wak Doyok, Bellaz Beauty by MUA Bella, Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen , Vida Beauty by Dato Sri Vida, D’herbs & Aliff By Sha by Date Sri Aliff Syukri, Jubah Lima (5) Waktu by Wawa Zainal & Aeril Zafril, Emma RTW by Emma Maembong , Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Haniz Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mood Republik juga tidak ketinggalan menjemput artis dari seberang iaitu Rossa bersama produknya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Perfume by Bellessa. Selain dapat mendekati para peminat para selebriti yang telah bergelar usahawan ini juga akan turut sama menjual dan mempromosikan produk-produk mereka kepada para peminat secara langsung.

Memasuki tahun ke 5 penganjuran, festival Aidilfitri terbesar Asia ini akan berlangsung di hall 3 & 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lokasi ini dipilih bagi memben’kan keselesaan untuk usahawan dan juga pengunjung kerana mempunyai akses mudah bagi yang mempunyai kenderaan sendiri dan juga pengangkutan awam seperti LRT, komuter, bas serta teksi.

Selain itu, majlis ini diadakan juga untuk mengumumkan penaja-penaja utama Mood Republik 2018, Antara penaja Mood Republik adalah pusat sehenti membeli belah secara atas talian. Shopee yang juga akan membawa jenama-jenama besar ke pentas Mood Republik. Pihak Grab juga akan menyediakan rebat istimewa yang terkandung di dalam aplikasi Grab bagi memudahkan pengunjung menghadiri acara Mood Republik KL Raya Fest di PWTC.

Menurut pengasas Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail, pada edisi kali ini. pengunjung bukan sahaja berbelanja malah mereka boleh mengimarahkan Ramadan dengan berbuka puasa. solat Terawih dan bersahur di PWTC sepanjang berlangsungnya KL RAYA FEST 2018.

“Segalanya lengkap di PWTC, KL RAYA FEST 2018 menawarkan seleksi pilihan raya dari anak-anak kecil sehinggalah ke ibu bapa dan seluruh ahli keluarga. Tidak perlu berhujan dan berpanas, suasana yang dingin bakal menimbulkan ‘mood’ raya yang ceria buat pengunjung. Kami jangkakan jumlah pengunjung bakal mencecah 1 JUTA orang pada edisi penganjuran kali ini “ kata Kimi.

Seorang lagi pengasas syarikat penganjuran ini, Yusri Ismail berkata, kepakaran Mood Republik adalah membantu usahawan menjalankanjualan dan mempromosikan produk dengan menyediakan ‘platform premium’ dengan sasaran pengunjung melebihi 1 juta orang dalam satu festival.

“Uniknya, Mood Republik mendapat sokongan daripada jenama-jenama fesyen ‘online’ ternama tanah air dan nama-nama besar ini akan hanya menyertai festival anjuran Mood Republik demi menjaga eksklusiviti, seterusnya menobatkan Mood Republik sebagai Festival Fesyen Nombor Satu (1) Malaysia.

“Misi penubuhan Mood Republik adalah sangat jelas, iaitu untuk menambah nilai kehidupan lebih ramai insan yang memerlukan melalui sumbangan amal daripada usahawan yang dikumpulkan pada setiap festival. Setakat ini, hampir RM 1.3 Juta telah disumbangkan kepada organisasi tempatan dan antarabangsa,”katanya.

Bagi peminat fesyen, ini adalah peluang yang sangat praktikal dan ekonomi bagi mendapatkan koleksi terkini. Anda tidakperlu ke pelbagai lokasi berbeza untuk mendapatkanjenama-j enama pilihan anda sebaliknya semua bakal terhidang di depan mata. Inilah satu-satunya festival yang menghimpunkan lebih 900 peniaga online gergasi.

Sambung Yusri: “Mereka bukan sahaja menjual untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah memberikan sumbangan daripada hasil jualan seikhlas hati kepada institusi-institusi kebajikan. “Apa yang lebih menarik penganjur mengamalkan konsep ‘sadaqah’ secara ikhlas para usahawan yang terbabit. Mereka boleh memberikan sumbangan seikhlas hati daripada hasil jualan mereka kepada Mood Republik untuk disampaikan kepada beberapa institusi amal yang telah dipilih”

Pada KL RAYA FEST 2018 kali ini, Kimi dan Yusri menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM500,000 dengan fokus utama untuk membantu memperbesar Maahad Sains Al-Quran Al-Amin Mood Republik , di Puchong dan Madrasah Huraidahah di Kota Bogor. Kedua dua entiti ini adalah penerima terbesar sumbangan Mood Republik Charity sejak 2014.

Selain dari itu, setiap pengunjung akan mengalami keterujaan dan keseronokkan setiap kali berada di Festival ini kerana bukan sahaja dapat membeli barangan dari jenama-jenama kesukaan tetapi mereka juga berpeluang untuk memiliki sebuah Volkwagen Bettle Sports yang bernilai RM230,000 serta RM10,000 wang tunai apabila membeli belah dengan hanya serendah RM97 di dalam satu (1) resit sepanjang Mood Republik Tour Sarawak sehinggalah Y.E.S Festival 2018, dan melayakkan pengunjung untuk bersama kami dalam “Shop & Win Contest 2018”.

Sepanjang bulan ramadan ini Mood Republik bukan sahaja tertumpu di PWTC tetapi juga akan berkunjung di lokasi-lokasi yang lain yang dinamakan Back to Back Raya Galore Festival 2018. Ianya akan bermula di Kelantan pada 18 & 19 Mei, Kedah 1 & 2 Jun, Pahang pada 2 & 3 June dan lokasi kemuncak di PWTC 8, 9 & 10 Jun.

Back to Back Raya Galore Festival 2018 ini juga suatu gandingan kolaborasi utuh yang menghimpunkan pelbagai jenama pemiagaan di alam maya daripada industri fesyen lelaki, wanita, kanak-kanak, makanan dan produk kecantikan di negara kita. Ini juga adalah gandingan dalam usaha murni mereka bagi memeriahkan lagi industri pemiagaan Islam dari pelbagai produk dan sudut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *