(SEMASA) PELANCARAN WAJAH BAHARU ‘STREET CRUISER’

Spread the love

IMG_1492

‘Street Cruiser’ Suria FM, Red FM & 988 kini berwajah baharu! Majlis pelancaran wajah baharu ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Oktober 2013 bertempat di Empire Shopping Gallery pada jam 12 tengahari. Terima kasih kepada Ford kerana telah menaja kenderaan rasmi bagi ‘Street Cruiser’ iaitu Ford Ranger.

IMG_1472

Dengan wajah baharu ini, Suria Wheels kini dikenali sebagai Suria Ford Wheels dan Red Ryders telah bertukar menjadi Red Ford Ryders. Acara yang penuh meriah ini telah dilancarkan oleh Kudsia Kahar, Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio dan turut dihadiri oleh Adeline Lew, Ketua Bahagian Jualan, Sime Darby Auto Connexion. Menurut Kudsia Kahar, “kami teruja dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Sime Darby Auto Connexion sebagai rakan rasmi bagi kenderaan ‘street cruiser’. Jika sebelum ini Ford Ranger telah menjadi kenderaan rasmi bagi 988, kini tiba masa untuk Suria FM dan Red FM untuk menggunakan Ford Ranger sebagai kenderaan rasmi mereka juga”.

SURIA TROOPERSsmall

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai Suria FM seperti Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak, penyampai Red FM seperti JJ, Lil Kev, Papi Zak, Kavin Jay, Mynn Lee serta penyampai 988 seperti Mike dan Cassey.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *