(SEMASA) Pemenang “Bella Official Correspondent” ASHLEY CHAN

page

Pemenang Bella Official Correspondent” jatuh kepada: ASHLEY CHAN

…dan bakal menyertai Nazrudin Rahman mengacarakan acara Red “Sparkle” Carpet di Bella Awards 2013

Malaysia sebulat suara telah memilih Ashley Chan sebagai pemenang pencarian “Bella Official Correspondent” untuk acara anugerah beprestij Bella Awards 2013.

Ashley Chan, 19, gadis kacukan Cina dan Inggeris ini bakal mengacarakan acara glamor permaidani merah yang digelar Red “Sparkle” Carpet dan digandingkan bersama Nazrudin Rahman sempena malam kemuncak penganugerahan Bella Awards pada 2 Mac secara langsung di ntv7 pada jam 8.30 malam.

Ashley yang merupakan pelajar diploma dalam jusrusan Komunikasi Massa di Kolej IACT berjaya menewaskan lima lagi rakan pesaingnya dalam pencarian ini dimana pemilihan itu dibuat berdasarkan pertimbangan markah melalui undian orang ramai (50%) dan pemilihan juri (50%). Ternyata gadis berbakat ini merupakan peserta yang paling menyerlah dan berjaya merampas gelaran pemenang.

 

 “Ini sesuatu yang lebih daripada mengagumkan. Saya tidak tahu untuk berkata apa-apa kerana ianya masih belum berakhir lagi sehingga lah acara berprestij itu berlangsung. Segala pengalaman saya dalam pencarian ini sangat berharga di mana banyak yang telah saya pelajari dan bertemu dengan ramai orang yang hebat di mana setiap detik amat bermakna buat saya,” kata Ashley yang juga memiliki sijil gred 8 dalam tarian ballet.

 “Saya sentiasa tahu bahawa inilah yang saya inginkan dan saya bersyukur menerima peluang ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan percayalah saya amat menghargainya,” tambahnya lagi.

Ashley yang sememangnya kompetitif dan mempunyai pengetahuan besar dalam dunia hiburan dan fesyen telah terbukti memberi persaingan hebat sejak awal pencarian itu. Ashley yang mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan telah mengagumkan juri dan orang ramai melalui kepetahan berbicara dan kemahiran penyampaiannya di mana ia merupakan pakej lengkap sebagai pemenang Bella Official Correspondent.

Ashley juga telah mempersiapkan dirinya walaupun sebelum mengetahui bahawa dia merupakan pemenang pencarian itu. “Saya menjangkakan bahawa ini ini bakal menjadi pengalaman yang amat menarik! Semestinya saya harus mempersiapkan diri dengan memahami siapakah senarai calon-calon anugerah tersebut dan menimba lebih banyak pengetahuan dalam bidang fesyen. Saya berharap dapat memberikan sesuatu yang baru dan segar di Red ‘Sparkle’ Carpet,” kata Ashley.

Pencarian “Bella Official Correspondent” bermula dengan pemilihan dalam sesi ‘scouting’ yang dijalankan pada Disember 2012 di beberapa lokasi di Lembah Klang termasuklah di pusat beli belah 1 Utama, Lot 10, KLCC dan Sunway Pyramid.

Sesi pencarian itu telah berjaya mengumpul ramai gadis berbakat walaupun dipilih di kalangan orang ramai berdasarkan pemerhatian pakar oleh penerbit eksekutif rancangan temubual Bella sendiri, Intan Noorbaizura serta gabungan duo penyampai radio lucu dari Fly FM – Phat Fabes dan Ben. Selepas beberapa penilaian hanya enam finalis yang layak ke peringkat seterusnya dan dipaparkan dalam siri laman web.

Dari keseluruhan pemilihan saringan, hanya ENAM peserta yang layak untuk ke pusingan seterusnya. Mereka adalah Ashley Chan (pemenang), Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victoria Cahill, dan Nabilah Huda Bt Malek.

Enam finalis ini telah diuji bagi melihat keupayaan dan kemampuan mereka dalam mengacarakan acara karpet merah berprestij itu. Beberapa cabaran dan tugasan yang telah diberikan berjaya memperlihatkan kemahiran mengacara mereka dan kebijaksanaan mereka dalam pengetahuan am, citarasa berfesyen, bersolek dan pelbagai lagi. Mererka juga turut diberikan bimbingan oleh mentor-mentor mereka sendiri. Segala perkembangan mereka dalam cabaran ini disiarkan menerusi webisodes menerusi http://apps.ntv7.com.my/bellaawards.

Pencarian ini adalah salah satu aktiviti promosi untuk Bella Awards yang merupakan rancangan anugerah pertama seumpamanya yang mengiktiraf, merai dan memberi penghormatan kepada golongan wanita.

Bella Awards akan bersiaran secara langsung pada 2 Mac 2013 pada pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Manakala acara permaidani merah, Red Sparkle Carpet akan disiarkan seawal jam 8.30 malam eksklusif di ntv7. Live Streaming acara penganugerahan itu pula boleh ditonton di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *