(SEMASA) PENJIMATAN HEBAT UNTUK AYAM PANGGANG PADA SETIAP 15 DAN 30 HARIBULAN!

Petaling Jaya, 22 Jun 2017 – Para pelanggan kini boleh menikmati penjimatan hebat untuk ayam panggang Ayamas pada hari ke-15 dan ke-30 setiap bulan dengan harga RM19.00 dan RM16.90 untuk seekor ayam (harga biasa RM23.50).

Dengan slogan “LEBIH JIMAT”, ayam panggang roaster dijual dengan harga RM16.90 pada setiap 30 haribulan dan RM19.00 pada setiap 15 haribulan. Pelanggan boleh memilih dari pelbagai ayam panggang yang tersedia iaitu Golden Roaster – diperap dengan madu untuk rasa Ayamas sebenar, Pepper Roaster – dicipta khas untuk penggemar lada hitam dan Percik Roaster – dengan citarasa santan dan serai beraroma.

Promosi menarik ini akan memberikan peluang kepada penggemar Ayamas Roaster untuk menikmati ayam panggang kegemaran mereka seberapa kerap yang diingini sambil berjimat. Dilancarkan sejak tahun lepas, tawaran ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.

Promosi dan pengiklanan Tawaran Lebih Jimat pada hari ke-15 dan ke-30 merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga secara online melalui pelbagai platform media sosial terutamanya di Facebook.

Di samping itu, pelanggan boleh menghubungi talian perkhidmatan penghantaran Ayamas di 1-300-88-2323 dengan setiap pembelian minimum RM15.00 dan RM3.20 sebagai caj penghantaran*. Pelanggan boleh menghubungi dan membuat pesanan bermula jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari dengan jaminan 25 minit waktu penghantaran, atau pelanggan akan menerima Baucar Tunai sebanyak RM5! Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas – Ayamas Roasters Facebook Page.

-Tamat-

* Untuk khidmat penghantaran, kawasan yang diliputi merangkumi  jarak 14 minit dari kedai penghantaran terdekat. Perkhidmatan penghantaran adalah sah di semua cawangan kami kecuali Roaster Express GM Klang

* Promosi untuk 15 dan 30 adalah sah untuk semua cawangan kecuali Roaster Express GM Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *