(SEMASA) PERFECTO POPCORN membawakan pengalaman mewah menonton filem di rumah

Perfecto Popcorn 17

27hb Mei 2015 – Popcorn merupakan snek klasik yang digemari semua, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak.

Perfecto Popcorn Pack group

PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.

PerfectoPopcorn (14)

Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi  canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.

Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya.

Aturcara ditereuskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”.  Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.

PerfectoPopcorn (16)

Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa  yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.

PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g). Untuk keterangan lanjut, layari  Facebook rasmi PERFECTÒ di www.facebook.com/PerfectSnacks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *