(SEMASA) Perkhidmatan strim video 24 jam setiap hari secara percuma tanpa guna data untuk pelanggan U Mobile

image003 (1)

KUALA LUMPUR, 28 April 2016 – U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, memenuhi kehendak pelanggan sekaligus menjadi syarikat yang pertama di negara ini untuk menyediakan tawaran strim video tanpa had sepanjang hari secara PERCUMA. Inovasi terbarunya, ‘Video-Onz™’, bakal mengubah cara pelanggan pascabayar dan prabayar menikmati tontonan video dalam talian. Pelanggan tidak perlu bimbang tentang berapa banyak data digunakan ketika menonton strim video di mana-mana dan pada bila-bila masa, kerana perkhidmatan ini adalah percuma.

Perkhidmatan ‘Video-Onz™’ U Mobile boleh diakses oleh mana-mana pelanggan yang menonton strim video dari 11 penyedia kandungan video yang menjadi rakan usahasama syarikat telekomunikasi itu. Ini bermakna, bermula esok, pelanggan boleh menonton YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku, Tudou, Astro on the Go, tonton, ErosNow, Herotalkies, ONFM dan Pocketimes tanpa sebarang kos data. Pelanggan U Mobile yang menggunakan ‘Video-Onz™’ bakal dihidangkan dengan beraneka pilihan kerana kesemua saluran itu menawarkan pelbagai rancangan popular dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris, Bengali, Tamil, Hindi, Mandarin, dan juga Bahasa Korea.

Sebagai tanda kesepakatan usahasama itu, perkhidmatan HyppTV Everywhere dan Viu akan menawarkan akses premium secara percuma selama dua bulan kepada pelanggan U Mobile.

image010

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile menjelaskan, ketika syarikat telekomunikasi itu melancarkan perkhidmatan strim video percuma untuk tontonan di luar waktu puncak bagi YouTube dan tonton sejak Oktober 2014, ternyata keputusan itu sangat popular dalam kalangan pelanggan. Sejak permulaan promosi tersebut, U Mobile melihat peningkatan pengunaan data video sebanyak empat belas kali ganda. Malah, 45 peratus daripada trafik data U Mobile adalah berpunca daripada strim video. Berdasarkan kefahaman ini, U Mobile berusaha keras untuk meneroka kaedah terbaik bagi memuaskan hati pelanggan dengan memberikan mereka lebih banyak manfaat penstriman video.

Hasilnya ialah Video-Onz™.

“Kami adalah syarikat telekomunikasi yang berfokuskan data dan sentiasa mencari jalan untuk menyediakan nilai terbaik dan pengalaman data yang menyeronokkan buat para pelanggan kami. Setelah berbulan membuat perancangan bersama-sama rakan usahasama yang kami hargai, kami berasa gembira untuk memperkenalkan Video-Onz™ kepada semua pelanggan.  Kami yakin, tiada seorang pun dapat menolak tawaran sehebat ini, dimana mereka boleh strim kandungan video kegemaran secara percuma tanpa menggunakan data.  Kesepakatan ini adalah jalinan ‘bersama-sama menang’ bagi U Mobile dan rakan-rakan lain. Kami membuat pelanggan kami gembira dan rakan-rakan usahasama kami berpeluang untuk mengongsikan kandungan video bersama para pelanggan yang berminat untuk menonton video secara strim 24 jam setiap hari.”

Video-Onz™ U Mobile menawarkan perkhidmatan strim video tanpa had secara percuma tanpa menggunakan data kepada pelanggan yang menggunakan pelan P70, i90 dan i130. Bagi semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar yang lain, mereka akan diberi 100% data tambahan untuk Video-Onz™. Bagi prabayar pula, mereka akan mendapat 100% data tambahan untuk Video-Onz™ dengan setiap pembelian pakej data UMI/MB. Contohnya, pelanggan pelan prabayar UMI 30 dengan pelan pakej 1.5GB, akan diperuntukkan dengan 1.5GB data tambahan untuk Video-Onz™.  Di samping itu, semua pelanggan UMI akan menikmati 1GB data tambahan secara percuma sehingga 30 Jun 2016.

Fact Sheet

 

  • U Mobile’s Video-Onz™ service:

 

  • Offers 24/7 unlimited video streaming for free to customers with P70, i90, i130 postpaid plans.
  • Other postpaid and broadband customers will get an additional 100% of their current data quota allocated just for Video-Onz™, i.e. video streaming without using their data. g. Subscribers of P50 postpaid plan with 5GB will be allocated an additional 5GB for Video-Onz™
  • Prepaid customers will receive an additional 100% of their current data quota allocated for Video-Onz™ with the purchase of UMI/MB data packages. E.g. Subscribers of UMI 30 prepaid plan with 1.5GB will be allocated an additional 1.5GB for Video-Onz™. On top of that, all UMI customers enjoy FREE Extra 1GB unitl 30 June 2016.

 

  • U Mobile’s video content partners include:
    1. YouTube
    2. HyppTV
    3. Viu
    4. iflix
    5. Youku Tudou
    6. Astro on the Go
    7. tonton
    8. Eros Now
    9. Herotalkies
    10. ONFM
    11. Pocketimes

 

  • HyppTV is offering 2 months free access to U Mobile customers for their Live TV channels on the HyppTV Everywhere service.

 

  • Viu is also offering 60 days premium access for free to U Mobile customers.

 

  • 1 month Free Trial will be given to U Mobile customers when they sign up to Herotalkies.

 

Comparison table for U Mobile Video-Onz™:-

umobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *