(SEMASA) PERSATUAN DOKTOR PERGIGIAN MALAYSIA BERSAMA LISTERINE® MERAIKAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA 2015 DI MALAYSIA UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENJAGAAN MULUT

Final Total 2464

Hari Kesihatan Mulut Sedunia (20 Mac) memberi penekanan terhadap penjagaan mulut dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia bersama LISTERINE®, Rakan Antarabangsa Hari Kesihatan Mulut Sedunia, meraikan hari sejagat ini dengan usaha untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang baik amat penting untuk kesihatan diri keseluruhannya. Kempen yang disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan ini telah menyaksikan penganjuran ‘roadshow’, inisiatif pendidikan dan program/ceramah oleh doktor gigi untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan gigi dan langkah penjagaan mulut yang lengkap di kalangan masyarakat.   

 Friends who came together to rinse for good oral health and set a record

“Lazimnya, masyarakat umum hanya berjumpa doktor gigi apabila mengalami sakit atau menghadapi masalah gigi, justeru itu Hari Kesihatan Mulut Sedunia adalah masa terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang baik adalah penting dan harus diberi perhatian oleh semua orang tidak kira usia atau jantina,” kata Dr Chow Kai Foo, Pengerusi Penganjur Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 (Malaysia).

Dr Teh Tat Beng, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia berkata,”Penjagaan mulut yang baik bukan sekadar senyuman manis dan nafas segar; kajian menunjukkan kaitan antara kesihatan mulut dan kesihatan keseluruhan. Kesihatan mulut boleh memberi kesan kepada beberapa penyakit kronik dan berjangkit yang menunjukkan simptom di dalam mulut. Pada masa yang sama, penyakit mulut boleh menyebabkan jangkitan, keradangan dan kesan-kesan serius yang lain terhadap kesihatan diri keseluruhannya. Contohnya, masalah mulut boleh memburukkan lagi penyakit kencing manis sementara penyakit tersebut pula boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan memburukkan lagi penyakit gusi. Lebih-lebih lagi, penyakit gusi yang tidak dirawat sering dikaitkan dengan risiko tinggi kelahiran bayi pra-matang dan berat badan rendah.[1] Malangnya, kesedaran tentang isu ini amat rendah di kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, pendidikan berterusan adalah penting untuk memastikan lebih ramai orang menjaga mulut mereka untuk menghindari masalah kesihatan yang lain.”

Kajian yang dijalankan baru-baru ini sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang melibatkan hampir 380 rakyat Malaysia menunjukkan hanya 31% responden mengetahui bahawa penyakit diabetes mempunyai kaitan dua-hala dengan kesihatan mulut dan hanya 34.6% mengetahui bahawa penyakit gusi yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungan.

Selain itu, kajian tersebut juga mendedahkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap; 78.1% tidak menyedari atau kurang pasti memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk pembersihan mulut yang menyeluruh kerana ia hanya membersih 25% mulut kita. Kajian ini merumuskan hanya sejumlah kecil (32.7%) rakyat Malaysia mengamalkan rutin penjagaan mulut menyeluruh termasuk berkumur dengan pengkumur mulut.

Berdasarkan fakta tersebut dan untuk menggalakkan amalan penjagaan mulut harian yang lengkap, rakan kempen antarabangsa dan jenama pembersih mulut No. 1 di Malaysia[2]  LISTERINE® telah menganjurkan acara berkumur pada Sabtu 21 Mac dari 10 pagi hingga 10 malam di ‘Roadshow’ Hari Kesihatan Mulut Sedunia (Ruang Legar Highstreet, Aras G, Pusat Membeli-Belah 1Utama) dengan tujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan rutin penjagaan mulut yang lengkap termasuk berkumur dengan pengkumur mulut. Acara ini bertujuan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records untuk “Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)” dan telah berjaya meraih 2,464 peserta. ‘Roadshow’ ini juga melibatkan aktiviti pendidikan kesihatan mulut dan pemeriksaan gigi percuma untuk semua peringkat usia.

“Memberus gigi hanya membersih 25% daripada mulut anda dan ini tidak mencukupi. Dengan mengabaikan rutin penjagaan mulut yang lengkap, kita mengabaikan satu-satunya perkara yang membolehkan kita makan, minum, senyum dan bercakap dengan yakin; ini akan menjejaskan kesihatan, perhubungan peribadi, pekerjaan dan juga harga diri kita,” kata Encik Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia.

“Inilah sebabnya LISTERINE® menggunakan gabungan unik empat minyak esensial yang terbukti secara klinikal dapat membersih hampir 100% bahagian mulut, membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi, nafas berbau dan penyakit gusi. Acara berkumur sepanjang hari ini serta aktiviti ‘roadshow’ yang lain adalah peluang terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang menyeluruh amat penting.”

Dapatkan maklumat lanjut tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 daripada www.listerine.com.my atau ‘suka’ laman Facebook  LISTERINE® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.

[1] Rujukan: Kertas  Kerja ”Oral Health Worldwide” oleh FDI World Dental Federation sempena Hari Kesihatan Dunia 2014: http://www.worldoralhealthday.com/wp-content/uploads/2014/03/FDIWhitePaper_OralHealthWorldwide.pdf

[2] Berdasarkan Audit Retail untuk Kategori Pengkumur Mulut untuk 12 bulan berakhir December 2014 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta © 2014, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *