(SEMASA) Personaliti TV3 & Artis Warnai Rumah Terbuka Wanita Hari Ini

Barisan hos WHI untuk Rumah Terbuka WHI - Nabihah, Fiza, Irin & Azzura

Tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus menjadi amalan masyarakat Malaysia. Bagi meneruskan amalan ini, program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan Hari Lebaran tahun ini. Kemeriahan rumah terbuka ini diserikan dengan kehadiran personaliti WHI dan artis veteran seperti Datin Rosnani Jamil, Norlia Ghani dan artis-artis lain seperti Raja Noorbaizura, Zarina Zainuddin, Fauzi Al Qadri (Pelakon Spa Q1 & Spa Q2), Shiha Mentor. Apa yang lebih menarik, rumah terbuka ini turut meraikan 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras. Menerusi rumah terbuka ini, ia mampu membuatkan mereka yang bersendirian tanpa insan tersayang turut diraikan.

Seperti kebiasaan, episod rumah terbuka ini yang bersiaran dari PNB Darby Park, Kuala Lumpur akan membincangkan topik istimewa “Masih Ada Yang Sayang” turut memaparkan beberapa segmen menarik khusus kepada penonton setia program ini. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Kumpulan Tijani Usaid dengan persembahan Ghazal dan Caklempong .

Menurut Penerbit Eksekutif, Puan Siti Hatija Yusof, “Majlis rumah terbuka sudah menjadi acara tahunan bagi program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) setiap kali tibanya bulan Syawal. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini WHI tampil dengan tema “Masih Ada yang Sayang” dimana WHI meraikan Hari Lebaran ini bersama warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras. Kami berharap sedikit sebanyak rumah terbuka ini dapat menceriakan mereka di samping membawa pengertian kepada semua agar menghargai orang yang tersayang.”

“Istimewanya rumah terbuka WHI tahun ini, kami mengumpulkan artis veteran dan muda serta warga emas. Tujuannya untuk kita menghargai mereka yang berusia emas ini dan sebagai tanda penghargaan yang muda kepada yang tua  di bulan mulia ini’’, tambah Puan Siti Hatija Yusof.

Jangan lupa saksikan Wanita Hari Ini (WHI) setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang di TV3 serta layari Facebook, Instagram  & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *