(SEMASA) PLAY-DOH® MENCIPTA REKOD BARU DI ROADSHOW “SHAPE A COLORFUL COMMUNITY”

IMG_1430

Kuala Lumpur, Oktober 26, 2015 – Sambutan bulan PLAY-DOH® yang berakhir dengan penuh gilang-gemilang berjaya memecahkan rekod dengan 1,899 rekaan PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia dicipta dalam satu hari di 1 Utama! Jumlah ini baru disahkan oleh wakil dari The Malaysia Book of Records.

IMG_1443

“Ianya satu pencapaian yang menakjubkan dan semua peserta berhak mendapat pujian kerana menjadi sebahagian dari usaha untuk membentuk kepelbagaian komuniti,” kata Cik Evelyn Hah, Pengurus Besar, Hasbro Toy Malaysia & Singapura. “Bagi pihak PLAY-DOH®, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran peminat yang begitu ramai dan para penyokong yang datang melawat sepanjang seminggu acara ini berlangsung terutamanya mereka yang datang pada hari Sabtu untuk mereka cipta hasil karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dan menyumbang kepada jumlah keseluruhan yang telah berjaya mencipta rekod baru.”

Image 10 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Beberapa ciptaan dari beribu yang dihasilkan amat menyerlah – pemenang ukiran  PLAY-DOH® terbaik (12 tahun ke bawah) dan ukiran  PLAY-DOH®  terbaik (13 tahun ke atas) ialah Aina Qistina, 7 tahun dan Alvin Teoh, 36 tahun. Kedua-duanya memenangi hadiah barangan PLAY-DOH® dan tropi PLAY-DOH® eksklusif!

Image 21 - Play-Doh Month 2015

Sambutan bulan PLAY-DOH® menyaksikan beribu-ribu rakyat Malaysia dipenuhi ilham dan menemui semula kreativiti mereka di roadshow PLAY-DOH®, mempelajari cara dan teknik baru di Sekolah PLAY-DOH® serta melakukan eksperimen dengan set permainan baru. Selain itu, kanak-kanak dihiburkan oleh penampilan maskot PLAY-DOH®, Doh Doh

Image 2 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Dapatkan maklumat lanjut tentang PLAY-DOH®  di www.playdoh.com

IMG_0980

Image 20 - Play-Doh Month 2015

Image 19 - Play-Doh Month 2015

Image 18 - Play-Doh Month 2015

Image 17 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 16 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 15 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 13 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 3 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 5 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 9 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Image 11 - Play-Doh Month 2015 - Copy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *