(SEMASA) Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” Satu Pemenang Telah Memenangi Satu Juta Ringgit

Spread the love

DSC_1505

Peraduan Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” telah tamat pada 31hb Disember 2014 dan enam orang finalis telah bertanding pada 12hb Februari 2015 di Connexion@Nexus untuk merebut peluang menjadi jutawan Power Root yang seterusnya. Pemilihan pemenang telah disaksikan oleh ahli-ahli media, juruaudit bertauliah serta duta Alicafé, Fahrin Ahmad.

DSC_1490

Enam orang finalis yang dipilih terdiri daripada Zareena Binti Yusof (37 tahun dari Negeri Sembilan), Fahizul Bin Mohamed (48 tahun dari from Kuala Lumpur), Rahayu Bte Hussin (32 tahun dari Johor), Wan Azila Bt Wan Azaman (22 tahun dari Terengganu), Nor Hanisah Binti Abu Bakar (39 tahun dari Sarawak) and Mohd Faizal Bin Abdul Ghafar (35 tahun dari Selangor).

Dalam pertandingan terakhir ini, setiap finalis telah bertanding dalam satu aktiviti untuk menentukan siapakah yang layak memasuki peringkat yang terakhir. Hanya tiga orang finalis yang berjaya memasuki pusingan terakhir untuk menjadi jutawan Power Root musim ke-4. Pemenang hadiah utama telah berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000,000, manakala lima orang finalis yang lain telah dihadiahkan hadiah saguhati berupa wang tunai RM10,000.

DSC_1772

Peraduan Power Root “Anda Boleh Jadi Jutawan 4”

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Power Root telah menjadi pengeluar dan pengedar terkemuka minuman berkualiti tinggi yang diperkayakan dengan “Tongkat Ali” dan “Kacip Fatimah”. Power Root telah menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk Siri Alicafé, Siri Per’l, Alitea, Extra Power Root, Oligo dan 9spot yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini, Power Root telah menganjurkan Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan” Musim 1, 2 dan 3 selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2008 hingga 2010 bagi membantu orang ramai mencapai impian menjadi jutawan. Semua orang diberi peluang untuk menjadi jutawan Power Root dengan menikmati minuman aromatik Power Root.

Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan” musim ke-4 pula telah bermula dari 1hb Mei 2014 hingga 31hb Disember 2014.  Untuk menyertai peraduan ini, para peserta hanya perlu membeli mana-mana produk dari Siri Alicafé, Siri Per’l, Alitea, Extra Power Root, Oligo dan 9spot. Sejak pelancaran peraduan ini, sambutan yang cukup hebat telah diterima menerusi pungutan borang penyertaan dan Power Root ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai.

Selama lapan bulan peraduan, sejumlah 918 orang pemenang telah memenangi hadiah wang tunai yang lumayan, khususnya 875 pemenang harian telah memenangi hadiah harian RM500, 35 pemenang mingguan memenangi hadiah mingguan RM1,000 dan 8 pemenang bulanan berjaya memenangi hadiah bulanan RM5,000. Kini, satu pemenang telah berjaya membawa balik hadiah utama RM1,000,000 manakala lima orang finalis telah memenangi hadiah saguhati RM10,000!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *