(SEMASA) Power Root bakal mengadakan pameran jalanan eksklusif di Sg Petani istimewa untuk pengguna di Utara

SUNGAI PETANI, [29 OGOS, 2017]: Inisiatif unik Power Root Berhad, “Tunaikan Hasrat Umrah”, yang membantu 36 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, bakal tiba ke penghujungnya.

Untuk menggalakkan penyertaan daripada pelanggan dan orang ramai, khususnya bagi mereka yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Malaysia, pasukan Power Root bakal mengadakan pameran jalanan eksklusif, bermula 1 hingga 3 September, di Mydin Sungai Petani, untuk berkongsi maklumat tentang pakej Umrah yang ditawarkan.

Pameran jalanan 3-hari tersebut sarat dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan tawaran-tawaran hebat, dimana pelanggan dapat mencuba nasib memutar papan beroda dan memenangi pelbagai barangan istimewa dan bertemu dengan selebriti popular, Alif Satar. Pengguna juga boleh mendapatkan tiket untuk menyanyi bersama Alif atau menjadi salah seorang daripada 40 orang peminat yang mendaftar untuk sesi beramah mesra eksklusif bersama Alif pada hari Ahad, 3 September.

Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah telah dilancarkan pada 1 Mei dan berlangsung sehingga 15 September 2017. Setakat 25 Ogos, 13 orang pemenang telah pun dipilih, menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah.

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato’ Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Setiap pemenang akan menerima dua pakej umrah, jadi kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, Power Root menawarkan pakej terbaik daripada Tabung Haji Travel and Services, yang bernilai lebih daripada RM10,000 setiap pakej. Secara keseluruhannya, Power Root menawarkan lebih daripada RM360,000 untuk peraduan Umrah istimewa ini.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot

Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *