(SEMASA) PRA-PELANCARAN KOMIK EDISI ISTIMEWA LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR

Kuala Lumpur, 26 Mei 2018 Kolaborasi di antara penerbit komik tempatan dan pemnyedia kandungan animasi telah terjalin buat julung kalinya di Malaysia! Hari ini, Kadokawa Gempa Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd meraikan pra-pelancaran Komik Edisi Istimewa berjudul LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR’ di Atria Shopping Gallery.

Sempena ulang tahun ke-15 ,LAWAK KAMPUS’, Kadokawa Gempak Starz mencari kerjasama dengan pemaju industri kreatif tempatan untuk menghasilkan komik istimewa dan signifikan buat peminat. Melengkapi projek kolaborasi unik ini, Animonsta Studios merupakan pilihan yang paling tepat dan sesuai. Animosta Studios merupakan pemaju kandungan animasi tempatan popular untuk siri animasi TV terkenal, ‘BoboiBoy. Dengan Komik Edisi Istimewa LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR’ ini, Kadokawa Gempak Starz berharap dapat mempersembahkan kandungan kreatif terbitan kedua-dua penerbit dan mencapai pasaran sasaran masing-masing dalam medium tunggal.

LAWAK KAMPUS’ muncul sempena sambutan ulang tahun ke-15 di Atria Shopping Gallery dengan aktiviti menarik selama sebulan bermula 21 Mei 2018 -24 Jun 2018. Dalam tempoh ini peminat berpeluang mengambil gambar dan pasti terpukau dengan pelbagai paparan kreatif yang mempamerkan sentuhan budaya tempatan Malaysia. Acara pra-pelancaran ini merangkumi sesi soal jawab media bersama ČEO Kadokawa Gempak Starz, Encik Chris Yew, artis komik LAWAK KAMPUS, Encik Keith Chong, CEO Animonsta Studios, Encik Nizam Razak dan Chief Content Officer Animonsta Studios. Encik Anas Abdul Aziz.

Pesanan awal (terhad kepada 1.000 salinan) untuk komik ‘LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR’ yang ditunggu-tunggu boleh dibuat bermula pada hari ini. Peminat yang memesan awal akan menerima hadiah eksklusif dan berpeluang mendapat autograf artis kom semasa sesi autograf. Komik ini berharga RM25 dan tersedia dalam bahasa Melayu yang hanya dijual eksklusif di kedai buku Popular mulai 31 Ogos 2018

Tentang Komik Edisi Istimewa LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR

Dalam kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios ini, artis komik LAWAK KAMPUS, Encik Keith Chong bersama 10 artis komik Kadokawa Gempak Starz kerjasama dengan tiga orang artis komik dan dua orang penulis dari Animonsta untuk menghasilkan komik edisi istimewa ini. Crossover menarik karakter komik dan animasi ini merupakan hadiah istimewa buat peminat, di samping memaparkan kreativiti kedua-dua penerbit

Apa akan terjadi bila team ‘Lawak Kampus’ bertemu ‘BoBoiBoy Galaxy”?

Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru-hara apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Sfera Kuasa berbahaya yang boleh mengancam keselamatan namun tiba-tiba ia melancarkan kuasanya

Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, BoBoiBoy, Froggy dan rakan-rakan harus lakukan ? Adakah Cikgu Noodle Dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Sfera Kuasa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *