(SEMASA) PROGRAM “MERAKYATKAN SENI BUDAYA’

SUMMIT USJ, SUBANG, 10 NOVEMBER 2019 – Program Merakyatkan Seni Budaya telah diadakan di Summit USJ Subang hari ini dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin ASARI yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.

Program yang dikelolakan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun selaku penganjur turut dihadiri oleh YBrs Ahmad Firdaus Bin Dato’ Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia, YBrs Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Prof Madya Sahar Sa’Adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar dan YBrs Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun telah berjaya menganjurkan program ini secara bersepadu melibatkan kerjasama pelbagai rakan strategik terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Penganjuran program melalui kerjasama strategik seperti ini amat digalakkan. impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya. Antara program yang dijalankan antaranya adalah pertunjukan tarian seni dan budaya Malaysia, demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti Iskandar, aktiviti permainan tradisional antaranya congkak , batu seremban dan lompat getah serta aktiviti jualan barangan seperti baju kameja, batik dan selendang wanita.

Program ini dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan di Negeri Selangor. Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka. oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya, adat resam dan lain-lain yang menjadi asas pengukuhan perpaduan pada peringkat kebangsaan.

Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. Pengusaha dan penggiat seni tempatan bukan sahaja tinggal di negeri ini tetapi menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka dan sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor berkerjasama dengan penggiat-pengiat industri pelancongan, seni dan budaya melakukan usaha yang komprehensif berkenaan dengan seni budaya yang mempunyai potensi besar dan  dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *